Isnin, 5 Jun 2023

Jalan Syukur Kurniaan Ilahi

Sayidi Ahmad Al Mubarak berkata didalam Kitab Ibriiz yang masyhur iaitu ketika beliau menaqalkan perkataan gurunya, iaitu Qutub Sayidi Abdul Aziz Bin Mas'ud Ad-Dibaagh Al Hasani Al Faasi Al Maghribi;

Ertinya;
Bahawasanya Thoriqah Syukur adalah Thoriqah Asal, iaitu Thoriqah yang terbina atasnya hati para Nabi-Nabi dan Hamba-Hamba pilihan Allah Taala, mereka adalah daripada kalangan sahabat-sahabat Nabi dan lainnya.

Ibadah mereka kepada Allah Taala berteraskan keikhlasan semata-mata, dan mereka ini berusaha mengelak diri daripada terjerumus kedalam kancah mengharapkan segala habuan dan tujuan kepada Allah Taala, dan mengiktiraf kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta menyedari bahawa dirinya tidak mampu untuk menyempurnakan segala tuntutan Tuhan, dan mereka ini menerima seadanya keadaan diri mereka mengikut kehendak peredaran masa dan zaman.

Maka apabila Allah Taala mengetahui kejujuran mereka dalam beribadah kepada Allah Taala, maka dengan sifat kemurahan Allah Taala, Allah Taala pun membalas kesungguhan mereka dengan satu habuan yang bersesuaian dengan diri mereka seperti pembukaan ilahi dalam makrifah akan Allah Taala dan juga dapat merasai kemanisan iman yang sebenar.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
#kalam Murabbina

Tiada ulasan:

Catat Ulasan