Isnin, 19 Jun 2023

FAEDAH DAN KELEBIHAN DIRI WALI ALLAH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Ketahuilah pada diri Awliya Allah itu, disisi mereka itu sentiasa beserta dengannya himpunan lautan faedah dan kelebihan rahmat-rahmat Allah Ta'ala. 

********** 

Suatu hari Sidi Ali Harazim mengadu kepada gurunya Syeikh Ahmad Tijani r.hu keadaan buruk yang berlaku kepadanya, dan telah berkata gurunya; 

"Jangan engkau berkata apa-apa mengenai hal itu kepadaku sekarang. Lakukan saja apa yang aku perintahkan kepada engkau". 

Dan Syeikh Ahmad Tijani r.hu memberi isyarat kepada Sidi Ali Harazim untuk duduk bersamanya. Kemudian Sidi Ali Harazim bertanya gurunya; 

"Wahai Sayidi! Yang manakah terlebih utama diantara solat sunat, zikir, amalan sunat yang lain dengan duduk bersama seorang Syeikh?". 

Jawab Syeikh Ahmad Tijani r.hu; 

"Duduk bersama Syeikh lebih baik. Tidak ada yang setandingnya. Dan dudukmu bersama Guru Mursyid lebih baik dari dunia dan isinya serta apa yang berkaitan dengannya. Dudukmu bersama gurumu yang Mursyid adalah umpama biri-biri yang sedang disusui oleh ibunya." 

■ Petikan Kitab Jawahirul Ma'ani, CPF Ustz Ubaidah 

Perhatikan ungkapan Al-A'rif Sayidi Abu Abdullah Muhammad Al-Quraisyi r.hu; 

" إني أعلم من لا ينام حتى يعتق لأجله ألفت من الخلق 

Ertinya : 

Sesungguhnya aku mengenali seseorang yang tidaklah ia tidur, melainkan sehingga terselamat 1,000 orang hamba Allah kerananya (maksudnya adalah dirinya sendiri). 

Dan ditambah lagi ungkapan daripada Sayidi Abu-Bakar Al-Hawwari r.hu 

" أخذت من ربي عز وجل عهذا أن لا يعذب بالنار جسدا دخل تربتي" 

Ertinya; 

Aku telah mengikat perjanjian dengan Tuhanku, iaitu perjanjian bahawa tidak diazabkan jasad orang memasuki tanahku (kuburnya). 

Dan diriwayatkan bahawa seseorang telah memasukkan daging ke kawasan tanah kuburnya, dan daging itu kekal mentah (seperti sebelum dimasak) apabila dimasak. 

Demikian juga ungkapan Wali Kamil Sayidi Ruslan Ad-Dimisyk r.hu; 

" لا تأكل النار لحما دخل زاويتي " 

Ertinya: 

Api neraka tidak membakar daging seseorang yang memasuki zawiahku. 

Demikian juga ungkapan Syeikhul-Akbar Ibnu-Arabi pengarang Kitab Futuhat Makiyyah; 

" إن ربي أعطاني ووعدني بالشفاعة فيمن أدركه بصري ممن اعرف وغيره" 

Ertinya: 

Sesungguhnya Allah telah memberi syafaat dan berjanji kepada aku, iaitu syafaat kepada sesiapa yang sampai pandangan mataku kepadanya, sama ada aku kenal akannya atau tidak. 

" والله إني لأعرف تلاميذي من يوم " ألمنث يريكم " ونقلبهم في أصلاب الرجال واستقرارهم في الجنة أو النار وأعرف من كان يومنذ عن يميني ومن كان عن شمالي ' 

Ertinya : 

"Demi Allah, sesungguhnya aku mengenali sekelian anak muridku sejak daripada ditanya oleh Allah "ألست بربكم" (Bukankah Aku ini tuhan kamu?) (ketika di alam ruh), dan aku mengetahui berpindahnya sekelian ruh mereka daripada tulang sulbi seorang lelaki kepada lelaki yang lain, dan aku mengetahui tempat tinggal mereka kelak, di syurga ataupun di neraka, dan aku mengetahui mereka pada hari itu, siapa yang berada di sebelah kanan aku dan siapa yang berada di sebelah kiriku." 

Dan demikian ini jua ungkapan Sayidi Muhammad Bahau'ddin Naqsyabandi Al-Husaini berketurunan daripada Bukhara pengasas toriqah Naqsyabandi; 

" أنا بريء من محبة الله تعالى إن لم تكن بدايتي نهاية أقدام أنا يزيد البسطامي . 

Ertinya: 

Aku akan menjauhkan diriku daripada menyintai akan Allah, jikalau tidaklah permulaan makrifah aku ini, adalah penghujung makrifah Abu Yazid Al-Bustami.

Dan demikian jua ungkapan Sayidi Abu Madyan Al-Ghaus At-Tilimsan Al-Ansori Al Maghribi, beliau adalah pengarang kitab Hikam Al-Ghaus yang masyhur, dan daripada didikan beliaulah, lahirnya 12 ribu wali, dan beliau adalah Tuan Toriqah kepada Ba-A'lawi yang masyhur, beliaulah yang menalqin Toriqah Madaniah kepada Imam dan Wali Al-Kabiir, Faqih Muqaddam Al Hadrami Al-Husaini; 

" لولا حزمة الشريعة لدخلت على النساء في خدورهن
فإن الله وعدني أن لا يعذب من وقع عليه بصري " 

Ertinya : 

Jikalaulah tidak kerana Aku menghormati Syariat, nescaya aku sudah masuk menuju kepada perempuan yang berada disebalik tirai/hijab, kerana Allah telah berjanji denganku, bahawa Allah tidak akan menyiksa orang sampainya penglihatan mataku padanya. 

Berpeganglah kamu kepada maklumat dan keterangan yang lalu dengan pegangan yang kukuh, kerana maklumat dan perbicaraan yang lalu, sudah memadai bagi orang mempunyai hati yang terbuka dan pendengaran yang jelas. 

■ Naqal dari Kitab Irsyadul Asfiya, karangan Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala. 

********** 

Demikian itulah antara faedah dan kurniaan Allah Ta'ala kepada Wali Allah. Maka dengannya, dilazimi oleh sekelian orang yang terdahulu dari kita, akan menziarahi Wali Allah, bahkan walaupun Maqam mereka selepas kewafatan mereka. Berziarahlah dan dampingilah Wali Allah, mereka adalah kolam tadahan segala ilmu dan sir warisan kenabian. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Tiada ulasan:

Catat Ulasan