Satu hari tengah engkau masih berseronok dengan dunia, masih penuhi masa dengan dosa dan maksiat tiba-tiba engkau ditangkap oleh seorang Raja untuk dijadikan hamba.
Lalu dibawalah engkau ke Istana Raja untuk diperhambakan. Semua tugasan-tugasan diberikan dan engkau pon buat tanpa harap apa-apa balasan bahkan engkau gerun dengan sosok Raja itu hingga nak angkat kepala pon tak berani kerana engkau telah melihat kebesaran dan keagungan Raja tersebut.
Makanan dan minuman engkau dijamin selama mana engkau menjadi hambanya bahkan engkau juga dinikahkan kepada hamba perempuan Raja itu. Semua perkara diatur oleh Raja itu dari makan, minum, tidur, pakaian, penempatan, jodoh dan sebagainya. Takda satu pon yang kurang dengan kehidupan engkau.
Engkau rasa sangat beruntung kerana secara tiba-tiba (hujumi) engkau dipilih menjadi hamba kepada Raja yang sangat hebat, ketika engkau dalam Istana, engkau melihat bahkan arif terhadap sifat Kebesaran/Kegagahannya (Jalal) dan sifat Keindahan (Jamal) Raja tersebut.
Bagaimana engkau mahu bebas dan berkehendak sendiri kerana kehendak Raja itu lebih baik, lebih bijaksana. Segala penampakan (tajalli) engkau lihat sendiri tatkala engkau jadi hambanya maka engkau tahu pilihan Raja itu adalah yang terbaik untuk diri engkau.
Itulah gambaran seseorang yang secara tiba-tiba(hujumi) berada dalam keadaan tajrid. Mereka tidak sibuk dengan tujuan dan habuan lain. Ibadahnya "Ibadah Tajrid" yang tiada nafsu dalam ibadahnya, ibadah paling murni, menyembah Allah semata-mata.
Wallahu'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan