بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Sayidina Rasulillah ﷺ bersabda,
إِنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ، مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا، يَزِلُّ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ المَشْرِقِ
“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan kalimat tanpa dipikirkan terlebih dahulu, dan kerananya dia terlempar ke neraka sejauh antara jarak ke timur.”
(HR. Bukhari no. 6477 dan Muslim no. 2988)
Dalam riwayat Muslim disebutkan,
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ، يَنْزِلُ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ
“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan kalimat tanpa difikirkan terlebih dahulu, dan kerananya dia terjatuh ke dalam neraka sejauh antara timur dan barat.”
(HR. Muslim no. 2988)
Diriwayatkan juga oleh Abu Hurairah r.a bahawa Sayidina Rasulillah ﷺ turut bersabda;
إِنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللَّهِ، لاَ يُلْقِي لَهَا بَالًا، يَرْفَعُهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَاتٍ، وَإِنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ، لاَ يُلْقِي لَهَا بَالًا، يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ
“Sungguh seorang hamba mengucapkan sebuah kalimat yang diredhai Allah, suatu kalimat yang dia tidak memperdulikannya (memperhatikannya), namun dengannya Allah mengangkatnya beberapa darjat. Dan sungguh, seorang hamba akan mengucapkan sebuah kalimat yang dimurkai oleh Allah, suatu kalimat yang dia tidak memperdulikannya (memperhatikannya), namun dengannya Allah melemparkannya ke dalam neraka.”
(HR. Bukhari no. 6478 dan Muslim no. 2988)
Redaksi daripada hadis ini sangat membimbangkan lantaran kecenderungan masyarakat khususnya ummat islam melayu pada hari ini dapat dilihat daripada 2 perspektif;
1) Kecenderungan masyarakat, samada lelaki atau perempuan untuk menggunakan perkataan yang buruk seakan-akan perkataan yang biasa sahaja bagi mereka, untuk menyanggah pihak yang lain, dengan perkataan yang suatu masa dahulu kami amat malu untuk menuturkannya, seperti b**i, s**l, dan yang sewaktu dengannya;
2) Hilangnya satu keindahan nilai, serta peradaban bangsa Melayu Islam yang tinggi apabila terzahirnya suatu norma baru kehidupan bermasyarakat yang mendasarkan acuan jiwa dan rohani yang luntur daripada sifat RAHMAN dan RAHIM, sedangkan ummat Melayu Islam itu begitu terkenal dengan pembawaan akhlak RAHMAN dan RAHIMNYA.
Kecenderungan hati untuk membiasakan penggunaan perkataan yang buruk (dibaca sebagai s**l atau b**i, dan sebagainya) berada sama paras dengan perkataan yang baik, dan menerima perkataan yang buruk itu sebagai normal lafaznya pada diri, seakan-akan mencerminkan suatu peralihan pembudayaan generasi yang akan datang, dimana mereka akan kehilangan hikmah-hikmah yang besar dalam kehidupan.
Kadang-kadang, apabila membaca cacian dan makian, serta carutan, jika dibaca dalam komunikasi media sosial, seakan-akan saya tidak percaya bahawa inilah masyarakat Melayu Islam kita. Peralihan peradaban dan norma-norma kemelayuan dilihat sedang berlaku dengan begitu rakus dan pantas mengekori serta menyerap budaya dan cara hidup bangsa Kiasu dan Chauvinist. Suatu budaya yang saya boleh katakan "tersangat kurang ajar".
Pada saya, ini suatu keruntuhan budaya Melayu Islam, dan satu evolusi budaya, dimana budaya memaksakan pendapat sendiri untuk diterima oleh orang lain, dalam apa cara sekalipun waima dengan perkataan yang keji, perkataan yang buruk, perkataan yang rakus, sehinggalah orang yang ditujukan perkataan itu menjadi kalah atau beralah dek kerana tidak tahan dengan perkataan-perkataan negatif yang sebegini.
Apakah survival kehidupan yang menyebabkan keruntuhan budaya ini? Atau kegagalan sistem pendidikan, yang suatu masa dahulu kami diajar disekolah dengan silibus TATARAKYAT? Nampaknya seolah-olah tidak wujud lagi nilai Keluhuran dalam sistem pendidikan?! Jika ada nilai Keluhuran, sudah pasti guru akan disanjungi oleh murid dan ibu bapa. Namun terlalu banyak kes-kes yang berkaitan guru tidak dihormati oleh murid dan ibu bapa.
Ini adalah penyakit. Suatu masa nanti bangsa kita akan menjadi bangsa yang kasar, hilang nilai kesopanan dan kesusilaan, serta hilang nilai keluhuran, mungkin kerana survival. Cacian, makian, hamburan penghinaan, kata-kata kesat, kejian, mungkin akan manjadi suatu lafaz yang biasa dan boleh diterima, setaraf dengan lisan-lisan yang baik.
Sesungguhnya, ummat hari ini memerlukan Murobbi untuk membangunkan dan meluruskan semula budaya indah Melayu Islam seperti suatu masa dahulu. Suatu masa dahulu, bangsa Melayu dipelopori dan diterajui peradabannya oleh Murobbi dan para Wali yang ramai menempati pelosok tanah Melayu sehinggalah dirosakan oleh para kolonial yang datang setelah itu.
Semoga dengan kehadiran para Syariff dan Habaib ke tanah Melayu ini akan merubah semula peradaban bangsa Melayu Islam untuk masa-masa yang akan datang.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Tiada ulasan:
Catat Ulasan