Al-Harits seorang doktor Arab dalam satu ayatnya menyatakan:
“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”
Kehebatan amalan berpuasa sebagai penawar ini turut disokong oleh doktor perubatan holistik terkenal USA, Dr Mercola yg menyatakan bahawa berpuasa mampu membunuh sel-sel kanser disebabkan sel kanser kekurangan gula dalam darah sebagai makanan.
Puasa dipanggil ‘intermittent fasting’ kerana kita menahan dari makan dan minum selama beberapa jam dan selebihnya kita akan makan dan minum . Banyak kajian yang dilakukan dan jelas ia memberi impak yang sangat besar buat kesihatan:
Antara kajian yang dilakukan terhadap berpuasa dan manfaatnya:
#Menurunkan berat badan
==========================
Berpuasa adalah mesin pembakaran lemak paling efektif! Dalam satu kajian, pesakit obesiti hilang purata 4 peratus jumlah lemak apabila mereka berpuasa selama 22 hari. Malahan, tahap insulin juga menurun.Bila kita tidak makan dalam tempoh 6 jam, insulin akan mula menurun parasnya, physilogy pembakaran lemak hanya akan terjadi sekiranya paras insulin dalam badan berkurangan.
Untuk mendapatkan tenaga berterusan untuk aktiviti harian, tubuh akan mula membakar sumber tenaga dalam bentuk simpanan dihati dan otot iaitu glikogen dan seterusya membakar lemak yang tersimpan dalam tubuh.
#Meningkatkan kesihatan secara keseluruhan
=================================
Kajian keatas orang yang berpuasa mendapati tekanan darah diastolic, kadar gula dan kolesterol berkurangan.
#Mental yang sihat
===============
Sama ada sedar atau tidar, pemikiran kita sebenarnya lebih tajam di bulan puasa! Ini kerana pengaliran darah ke otak bertambah baik pada waktu puasa sebab darah tidak diperlukan dibahagian organ pencernaan! Puasa juga merangsang pengeluaran hormon yang dikenali sebagai endorphin. Hormon tabii ini berfungsi seperti dadah jenis candu (opiates) yang menghilangkan kesakitan serta mendamaikan minda justeru mencegah daripada serangan penyakit mental.
#Membetulkan ‘insulin resistence”
===============================
Apabila tubuh kurang peka pada hormone insulin dan ini menyebabkan badan tidak mampu bakar karbohidrat untuk menukarkannya menjadi tenaga maka seseorang itu mudah mengalami keletihan dan peningkatan berat badan dan akhirnya membawa kepada penyakit diabetes.
Meningkatkan kadar ‘growth hormone’ iaitu hormon awet muda
Tidak perlu solusi yang mahal, menurut kajian cukup dengan berpuasa anda akan kekal muda dan mendapatkan kulit yang lebih sihat.
#Elak nyanyuk
===========
Ia meningkatkan brain-derived neurotropic factor atau BDNF yang mana mampu mempertahankan otak daripada Alzheimer.
#Masa untuk pulihkan sel yang rosak
============================
Semasa tempoh berpuasa, tubuh mengalamai proses detoksifikasi. Ia bermaksud mencuci dan membersihkan tubuh daripada racun atau toksin dan mampu menjana sistem imun yang baru.
Ahli Biologi dari Salk Institute, California Satchidananda Panda pula menyatakan intermittent fasting membantu tubuh untuk melakukan peremajaan dan perbaikan sehingga dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
Beliau turut menyatakan berpuasa menyebabkan tubuh merespon berbagai mekanisme atau tanda kerosakan tubuh lebih baik.
Dengan berpuasa, sel tumor kekurangan bahan makanan untuk berkembang, memperbaiki inflamasi dan menghilangkan sel yang rosak dari dalam tubuh.
Menurut Dr. Lonny J. Brown (Ph.D) dalam Adventures in Therapeutic Fasting, amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat hari ini ialah apabila seseorang menghidap penyakit, dia akan mengambil ubat untuk meredakan penyakitnya.Namun, sudah tiba masanya untuk kita mengamalkan puasa ketika sakit!
#Merendahkan paras trigliserida
==========================
Kajian menunjukkan apabila anda mengambil terlalu banyak kolesterol, tahap trigliserida meningkat dan menjadikan anda lebih terdedah kepada penyakit jantung. Puasa mampu mengurangkan tahap kolesterol buruk dalam badan, yang bermaksud bahawa ia juga mengurangkan pembentukan triglycerides.
#hiazhealth
#sihatitujihad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan