Ahad, 12 Mei 2019

Beribadah dalam bulan Ramadhan itu semata-mata anugerah Allah

Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan tawaran dan jaminan Allah, bulan rahmat, bulan keampunan, bulan digandakan amal ibadat hingga 1000 kali ganda dan bulan yang penuh dengan keberkatan. Namun begitu, tidak semua orang berjaya dapat memimpin dirinya untuk menyahut seruan untuk beribadah kepada Allah semata-mata.

Ingatlah bahawa manusia adalah milik Allah. Beriman adalah hidayah daripada Allah. Dapat melakukan ibadah adalah inayah (pertolongan)  daripada Allah. Jika Allah bukakan pintu hati seseorang, akan mudahlah baginya melakukan kebaikan dan beramal ibadat. Oleh itu, berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan kita untuk beribadah kepadaNya semata-mata.

Maka dapat beribadat itu anugerah kurniaan daripada Allah yang patut kita syukuri. Tanpa anugerah ini kita tergolong orang yang rugi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan