Selasa, 7 Mei 2019

MADU KELULUT BANTU KEKALKAN TENAGA DI BULAN RAMADAN

Menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan pada minggu pertama, pastinya agak mencabar; selain fizikal dan mental masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan ibadat berkenaan, hambatan tugas harian juga memberi kesan kepada individu yang berpuasa. Pelbagai kaedah dan tip diaplikasikan bagi membolehkan keletihan dan kelesuan sepanjang bulan puasa ditangani, antaranya bersahur pada jam terakhir sebelum masuknya waktu solat Subuh (Imsak), mengambil makanan yang berserat tinggi dan memastikan pergerakan fizikal yang minima.

Bagi individu yang memberi penekanan terhadap makanan tambahan (kesihatan) yang wajar diambil sepanjang bulan puasa ini, madu Kelulut pastinya merupakan pilihan yang terbaik. Menurut Pensyarah Kanan Perubatan, Advanced Medical & Dental Institute, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Eshaifol Azam Omar, madu Kelulut yang dikenali sebagai “Super Food” mempunyai pelbagai kelebihan jika diambil secara konsisten dengan jumlah yang dicadangkan.

"Pengambilan pelbagai jenis madu dari sumber semulajadi merupakan amalan pemakanan turun-temurun oleh pelbagai lapisan masyarakat seluruh dunia. Merujuk kepada madu Kelulut, ia mengandungi sebatian karbohidrat, protein dan pelbagai vitamin yang seimbang untuk membekalkan tenaga yang  berterusan sepanjang hari. Selain terkenal sebagai makanan sunnah, madu Kelulut mempunyai sifat anti-oksida yang sangat tinggi yang boleh mencegah pelbagai jenis penyakit khususnya yang berkaitan dengan usus.

“Oleh yang demikian, saya mengalakkan mereka yang berpuasa agar dapat mengamalkan pengambilan madu Kelulut sebagai makanan tambahan harian sepanjang bulan Ramadan ini. Mudah-mudahan ia dapat membantu mereka meningkatkan stamina bagi menjalani pelbagai aktiviti harian seperti solat sunat Tarawih berjemaaah,” ujar Dr. Eshaifol.

Madu Kelulut – Khasiat Semulajadi & Kebaikan Yang Luar Biasa

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Bayu Gagah Marketing, Hisham Yusof, yang memasarkan madu Kelulut dibawah jenama “Bayu Kelulut” menegaskan madu berkenaan sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiat khususnya dalam aspek perubatan alternatif. Ia dikatakan lebih mujarab berbanding dengan madu dari lebah lain seperti Lebah Madu (Apis Mellifera), Lebah Tualang (Apis Dorsata) dan Lebah Keran (Apis Cerana).

“Madu kelulut mempunyai khasiat kesihatan yang sangat tinggi kerana ia dapat membantu seseorang meningkatkan metabolisma tubuh. Menurut kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membuktikan madu Kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk tubuh manusia.
“Banyak kajian melaporkan keunikan amalan pemakanan madu Kelulut yang mempunyai sifat anti-diabetes dan dapat menurunkan kadar glukosa darah.  Madu kelulut juga mengandungi quercetin dan protein yang boleh meningkatkan daya tahan tubuh serta meningkatkan fungsi sel darah merah yang berkaitan dengan sifat anti-kanser, anti-radang, anti-bakteria, penyembuhan luka dan banyak lagi,” jelas Hisham tentang kebaikan produk yang dipasarkan oleh beliau. Untuk rekod, Bayu Kelulut merupakan Ladang & Usahawan Bimbingan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Menurut Hisham, pihaknya banyak menerima banyak testimoni positif dari para pelanggan yang mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, asma dan batuk, di mana kesihatan mereka semakin baik selepas mengamalkan pengambilan madu Kelulut.

Menurut Profesor Dr. Zainab Ngaini dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) beliau menyatakan madu kelulut merupakan sumber tenaga harian semula jadi dengan kandungan 80 hingga 85% karbohidrat dan nutrien (asid amino, protein, asid fenolik dan lain-lain) serta 15-20% air. Kandungan karbohidrat dalam madu kelulut terdiri daripada gula penurun seperti fruktosa dan glukosa yang mudah untuk dicerna berbanding gula yang terdapat dalam sumber-sumber lain.
“Kandungan fruktosa dan glukosa dalam madu kelulut merupakan penyumbang utama yang menjadikan madu sebagai salah satu sumber tenaga dalam pemakanan. Cadangan pengambilan madu kelulut dalam pemakanan seharian dapat membantu dalam penyerapan kalsium dan magnesium yang boleh menyumbang kepada tulang dan gigi yang lebih kuat.

“Kandungan polifenol dan flavonoid dalam madu kelulut turut menyumbang kepada pelbagai khasiat perubatan seperti anti-oksida, anti-kanser, anti-bakteria, anti-virus, anti-radang dan lain-lain.  Asid fenolik dalam madu kelulut mempunyai keupayaan untuk menangkap radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit kanser, Alzheimer dan juga penuaan. Kajian kami merekodkan aktiviti anti-oksida madu kelulut adalah 4 hingga 5 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan madu dari sumber lain yang ada di pasaran,” jelas Profesor Dr. Zainab. 

Info :
• Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melancarkan kempen “Mulakan Hari Anda Dengan Madu” yang dilancarkan pada 18 September 2016 di Putrajaya.
• Prof. Dr. Zainab  & Dr. Eshaifol merupakan Konsultan Bayu Kelulut. Prof. Dr. Zainab memberi fokus kepada Chemical Analysis & Product Standardization, manakala Dr. Eshaifol memberi fokus terhadap Pharmacology & Clinical Product Development.

Malaysian Superfood

Tiada ulasan:

Catat Ulasan