Dalam konteks Islam, mendirikan solat fardu lima waktu adalah wajib dan adalah lebih indah seandainya ditambah dengan amalan sunat sebagai contoh solat tarawih di sepanjang bulan Ramadan ini.
Dari Abu Hurarirah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barang siapa melakukan qiyam Ramadhan atas dasar iman dan mencari pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari).
Yang dimaksud qiyam Ramadhan adalah solat tarawih sebagaimana yang diterangkan oleh Imam Nawawi. Hadis di atas menunjukkan besarnya pahala solat tarawih di sisi Allah, sehingga Allah akan mengampuni dosa-dosa mereka yang melakukannya.Namun di sebaik itu, solat tarawih juga membawa hikmah yang cukup besar buat kesihatan manusia.
Satu kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menyatakan MANFAAT solat buat kesihatan:
✅BAKAR KALORI
➖➖➖➖➖➖➖
Kajian seperti mana yang direkodkan dalam buku Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains mendapati pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan dan mampu membakar kalori.
✅AWET MUDA
➖➖➖➖➖➖
Apabila kalori dibakar dan gumpalan lemak dalam tubuh berkurangan, tisu otot baru meningkat serta mencegah berlakunya kekenduran tisu, melambatkan penuaan dan tetap terjaga berat badan.
✅ANDA LEBIH SIHAT
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Ketika mengangkat tangan untuk takbiratulihram, kuantiti oksigen bertambah dengan banyak dalam paru-paru dan kuantiti darah beroksigen mengandungi nutrien yang dibawa oleh sel-sel badan turut meningkat.
Ini kerana ketika mengangkat tangan ke paras bahu, bidang dada diluaskan dan tulang belakang diseimbangkan.
✅CEGAH PENYAKIT SENDI
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Seseorang berada dalam keadaan paling tenang apabila meletakkan tangan antara pusat dan dada selepas takbiratulihram.Saat itu, sendi siku,
pergelangan tangan dan otot dalam keadaan rehat dan aliran darah lancar dan boleh mencegah pelbagai penyakit sendi.
✅FUNGSI BUAH PINGGANG MENINGKAT
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Rukuk yang sempurna pula membuatkan aliran bendalir tubuh lancar. Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.
✅OTAK CERGAS
➖➖➖➖➖➖
Posisi sujud juga mampu menguatkan otot leher, tengkuk, lengan dan otot bahu. Semasa sujud, keseimbangan posisi tulang belakang berlaku dan pengaliran darah beroksigen ke otak bertambah dan membuatkan ia bertambah cergas.Solat juga menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.
✅TERAPI TERBAIK UNTUK SAKIT PINGGANG
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit di bahagian pinggang seperti yang dialami ramai orang.
✅ATASI MASALAH ED
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
✔Paling menakjubkan,solat tarawih dikatakan mampu memberikan kesan yang sangat positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki serta merawat masalah disfungsi erektil (ED) di mana ia adalah masalah yang amat ditakuti di kalangan lelaki!
✔Kajian oleh Universiti Malaya (2011) mendapati 69.5% lelaki Malaysia yang berumur 40 tahun ke atas mengalami derita mati pucuk. Sebahagian besar mereka turut berhadapan dengan penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.
✔Solat yang dikatakan mampu menjadi solusi kepada masalah kelelakian dan mampu meningkatkan tenaga batin adalah solat yang melebihi 12 rakaat, durasi 30 minit, minima 3 kali seminggu.
✔Sudah tentu masa yang terbaik untuk melakukan solat melebihi 12 rakaat adalah pada bulan Ramadan ini. Bermula solat isya 4 rakaat, diiikuti solat tarawih 8 rakaat dan diakhiri dengan witir 3 rakaat!
✔Menurut Dr. Fatimah, kajian yang dijalankan masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh serta kandungan kolesterol dalam badan.
Cpf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan