Salam Sayyidil Ayyam..
Kiyai As Syeikh Mohammad Mokhtarullah mengungkapkan rahsia kejayaan dakwah para wali, antaranya ialah doa selawat. Pembuka bagi doa selawat itu ialah SELAWAT FATIH kerana untuk membuka sesuatu sememangnya menggunakan kunci (fatih) terdapat dlm bukunya yang bertajuk Kunchi Sukses Dakwahya Para Wali. Doa dan Selawat Fatih juga menjadi amalan Kiyai Haji Fadhil Banten (Ulama dan pengembang Tareqat Naqsyabandiah danTijaniyyah di negeri Johor. Juga penasihat agama bg Sultan Johor (Sir) Ibrahim, juga guru kepada Panglima Kiyai Salleh. Beliau pernah menyebarkan rahsia kekuatan dakwah kepada murid-muridnya melalui SELAWAT FATIH sepertimana diwarisi oleh Tn Guru Haji Mohammad Yassin (bapa TS Muhyidin Yassin)
Dalam hubungan ini, ibadat selawat memiliki peranan besar dalam menghubungkan kita dengan junjungan besar Rasulullah SAW. Ibadat selawat menjadi saluran melaluu baginda supaya rahmat Allah yang khusus diberikan kepada baginda akhirnya mengalir kepada kita. Melalui saluran selawat itulah, mengalirnha syafaat baginda tanpa perlu menunggunya do akhirat kelak.
Para wali sebagaimana para nabi
bukanlah rahib-rahib atau sami-sami yang hanya tinggal dirumah-rumah ibadat tetapi mereka perlu mengembara untuk mendalami ilmu sekaligus menyebarkan Islam. Mereka ibarat danau, memiliki kerohanian yang mendalam dan pemikiran serta hati yang jernih. Mereka bukan sahaja dikurniakan karamah yang diizinkan terhadapnya tetapi mengajarkan masyarakatnya ilmu tasawuf dan tareqat sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu tidak hairanlah mereka sering dikunjungi oleh orang-orang yanv memerluka. Ketenangan rohani.
Telah dibuktikan dalam sejarah, bahawa membawa ajaran Ahlussunnah wal Jamaah dan mazhab Syafie yang dibawa oleh para Walisongo itu sesuai dengan kedudukan bangsa Nusantara yang bersifat Majmuk. Apatahagi Ahlussunah waljamaah mengajar umat supaya dapat hidup dalam ketenangan, mengembangkan fahaman untuk mendamaikan dunia keilmuan dengan dgn dunia politik serta rohani yang berperanan untuk membangunkan peradaban Islam itu sendiri
Untuk lebih kesan dan keberkatan, Carilah guru untuk mendapatkan ijazah bagi amalan selawat fatih ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan