Jumaat, 17 Mei 2019

RAMADHAN DAN UJIAN KEIKHLASAN

Kata guruku Al Allamah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala, pada membincangkan nafsu Kaamilah;

"Nafsu Kaamilah itu adalah membuang segala tujuan tujuan dan maksud maksud dlm ibadah. Iaitulah natijah perhambaan yg sempurna"

Maksud beliau, pada orang yg mempunyai nafsu Kaamilah, tidak akan bercampur pd amal ibadahnya, tujuan untuk mendapat manfaat di dunia mahupun manfaat akhirat.

Manfaat didunia berupa wang ringgit dan harta kekayaan material. Manfaat diakhirat berupa pahala dan syurga. Amal ibadah tdk dijadikan alat utk menempatkan nafsu berhajat kpd manfaat dan kelebihan, mahupun darjat, maqamat, karamah bahkan kewalian.

Itulah hakikat kehambaan yg sempurna bagi orang2 yg memiliki nafsu Kaamilah. Ibadah hanyalah utk menzahirkan syariat sbg tanda syukur dan sentiasa berasa malu pd Allah SWT atas kekurangan dan kemaksiatan disamping sifat keakuan yg tinggi dlm diri.

Semoga Allah SWT melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya buat Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala, dan menempatkan beliau dikalangan kekasih²Nya yg terpuji yakni disisi Sayidi Ahsan al Baqili ra., disisi Sheikh Ahmad at Tijani ra. dan disisi Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad SAW

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Sidi Nazrul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan