Sabtu, 11 Mei 2019

Cermin hati

Ku kutip peringatan ini, utk diriku sendiri dlm menjalani Ramadhan, drpd peringatan guruku yang kukasihi Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani;

الله يجتبي إليه من يشاء ويهدي إليه من ينيب

Ertinya : Allah SWT memilih seseorang itu utk sampai kepadaNya mengikut kehendakNya, dan memberi petunjuk kpd sesiapa yg memperkemaskan/memperbaiki amalannya.

Al Ijtiba' : adalah bersandarkan kpd kehendak Ilahi, tdk ada sebarang sebab dan alasan..

Dan hidayah itu diiringi dengan inabah, yakni dengan dgn memperkemaskan amalan (memperbaiki amalan), serta fana' (tdk memandang kpd hebatnya amalan yg dilakukan, merasakan amalan yg dilakukan tdk layak dipersembahkan kpd Allah kerana diri banyak maksiat) pd amalan tersebut.

Semoga Allah SWT sentiasa melimpahi rahmatNya dan keberkatanNya keatas diri guruku yang kukasihi. Aamiinnn...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Kalam-kalam seorang guru yang bergelar Mursyid atau Murobbi itu adalah cermin yang tidak kelihatan bagi diri seorang murid. Zahirnya adalah suatu ucapan, namun pada hakikatnya melalui kalam itulah seorang murid melihat kedalam cermin hatinya, bagaimana rupa paras hatinya, keadaan hatinya, penyakit hatinya, zulumat zulumat yang membaluti hatinya dan gharad pada amalannya.

Bagaimana diketahui keadaan rupa paras kita melainkan melalui cermin yang boleh dilihat melaluinya bentuk mata, bentuk hidung, bentuk mulut, bentuk alis mata, bulu kening, tahi lalat yang menghiasi wajah, jerawat yang tumbuh dimuka dan bulu bulu halus yang menghiasi wajah.

Demikian itu juga, bagaimana untuk mengetahui rupa paras dan keadaan hati yang batin yang halus, yang tersembunyi dan yang tidak kelihatan? Maka Suhbah dengan seorang guru itulah yang akan menjadi cermin hati bagi diri seorang murid.

Apabila kalam guru itu adalah cermin bagi hati, maka melalui kalam kalam gurulah maka kita akan nampak perkara perkara zulumat yang menghiasi diri. Sesungguhnya pandangan seorang Auliya itu menembusi hati hati muridnya, hanyasanya tidak dinyatakan sebagai menjaga adab dengan Allah SWT untuk tidak menzahirkan sifat ketuanan dan ketuhanan. Kata guruku Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala, seseorang itu tidak akan layak untuk menjadi seorang guru sehinggalah beliau mengetahui ahwal ahwal muridnya.

Maka dengan itu, ambillah teladan pentingnya berguru ini bagi mereka mereka yang menginginkan kembali kejalan agama. Sebagaimana sahabat sahabat bersuhbah dan berguru dengan Sayidina Rasulillah SAW, begitulah teladan dan petunjuk yang mesti kita ikuti.

Semoga Allah Ta'ala melimpahkan barakah dan rahmatNya keatas guru kami Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala, dan menempatkan beliau disisi kekasih²Nya yg mulia, Sheikh Ahmad at Tijani r.a dan Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad SAW.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Sirr hadrah ini (Tijani) adalah membuang akan himmah kepada selain Allah. Membuang segala tujuan untuk menjadi ketua. Membuang segala tujuan untuk mendapat futuh (pembukaan). Membuang segala tujuan untuk mendapat kasyaf. Membuang segala tujuan dan keinginan untuk bersuluk dengan iradat diri. Berserah diri kepada Allah dan Taslim. Keluar daripada tadbir diri sendiri dan masuk kedalam tadbir Allah.

Kalam Sayidina Wamurobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani at Tijani Hafizahullahu Ta'ala.

Semoga Allah Ta'ala melimpahi beliau Hafizahullahu Ta'ala dengan Rahmat dan Barakah, dan menempatkan beliau disisi kekasih kekasihNya yg terpuji yakni disisi Sheikh Ahmad at Tijani r.a dan disisi Sayidina Wamaulana Muhammad SAW.

Aaminnn....

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Kata guruku Al Alamah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani:-

Allah Ta'ala menciptakan mata yang zahir agar kamu dpt melihat perkara2 material (keduniaan), dan Allah Ta'ala menciptakan basirah (mata hati) utk kamu melihat perkara2 yang halus. Barangsiapa yang menyibukan dirinya dengan memandng perkara2 material (keduniaan), maka basirahnya akan terhijab daripada memandang perkara2 Robbani (maka dia juga tdk akan menyibukan dirinya dgn perkara2 agama).

Semoga Allah Ta'ala melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Sheikhuna  Wamurobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani dan menempatkan beliau dikalangan kekasih2Nya yang mulia dan terpuji. Aamiinnn...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Tiada ulasan:

Catat Ulasan