Harini, umat Islam sudah memasuki hari kelapan di bulan Ramadan. Pastinya masing-masing sudah merasa semakin bertenaga kan?
#Di hari-hari awal puasa, kadar gula dan tekanan darah akan menurun. Tubuh akan melakukan proses pembersihan hingga ramai yang mengadu sakit kepala, kerapa rasa lapar dan sebagainya.
#Di tahap kedua, tubuh sudah mula terbiasa dan sistem pencernaan mulai berehat.Sistem pencernaan memfokuskan tenaga dimiliki untuk untuk pembersihan tubuh dan melakukan proses penyembuhan pada sel.Sel darah putih juga mulai aktif bekerja,hingga tahap ini, organ tubuh mulai melakukan proses pemulihan.
#Tahap ketiga, level tenaga akan meningkat dan fikiran semakin mudah fokus, tubuh pula akan semakin sihat.
Puasa adalah cara rawatan yang tertua di dunia. Ia mempunyai kuasa penyembuhan semulajadi dan telah diamalkan oleh orang-orang terdahulu.
Sebaiknya nanti, selepas habis Ramadan jadikan amalan berpuasa ini sebagai gaya hidup kerana manfaatnya buat kesihatan manusia termasuk kesihatan fizikal, mental dan kesihatan jiwa.
#ramadan
#puasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan