Jangan mencela orang2 yang datang ke Masjid utk bersolat sunat Tarawih pada bulan Ramadhan walaupun solat yang fardhu mereka tak datang ke masjid utk solat berjemaah.
Bulan Ramadhan adalah lambang terzahirnya limpahan Rahmat Allah SWT yang besar sehinggakan Allah SWT dgn hakNya memilih sesiapa sahaja yang dikehendakiNya utk dtg mengimarahkan rumah2 Nya dan menghiasi RamadhanNya. Jangan kita menidakkan penzahiran Rahmat Allah SWT yang melimpah ruah dibulan Ramadhan ini. Rahmat Allah SWT bukan tertentu utk diri kita seorang sahaja yang rajin dan istiqomah dtg solat berjemaah di Masjid.
Bagi yang istiqomah solat berjemaah di Masjid, Alhamdulillah syukuri nikmatNya kerana dipilih sekali lagi utk mendapat Ramadhan. Jika melihat saudara2 kita yang jarang2 datang ke Masjid, tetapi waktu Solat Tarawih mereka hadir bersama dan baru nampak muka, syukuri keadaan ini, barangkali niat mereka yang ikhlas utk bersolat bersama2 menyebabkan solat kita juga diterima oleh Allah SWT. Jangan ada syak dan Su'u Dzon pada pilihan Allah SWT keatas orang yg ingin berbuat amal ibadah. Kena ingat mereka dtg kerumah Allah SWT atas pilihan Allah SWT, bukan atas pilihan kita. Mereka dan kita beramal ibadah adalah atas pilihan dan Rahmat Allah SWT, bukannya pilihan dan Rahmat kita - Na'udzubillahi min zalik.
Seseorang itu mulia disisi Allah bukan kerana amalannya yang banyak, tetapi mulianya seseorang itu kerana sifat kehambaannya yang tinggi.
Sayugia, hargailah Rahmat Allah SWT dan pandang tinggilah pada saudara2 kita yang dtg bersolat Tarawih pada bulan Ramadhan ini. Ingatlah, barangkali (pada sangkaan amalan kita yang hebat ini) kerana ibadah mereka yang lemah inilah yang akan menyebakan amalan kita pula diterima oleh Allah SWT. Kita hanya menumpang keikhlasan mereka. Mereka dtg ke Masjid dengan menyahut panggilan Allah SWT utk berjemaah dibulan Ramadhan kerana Allah SWT, kita pula dtg ke Masjid dgn panggilan istiqomah nafsu utk memperhebatkan amalan, berasa layak dgn amalan dan syuhud pada amalan.
Mari kita perbetulkan niat dan persepsi kita apabila melihat saudara kita ramai2 dtg bersolat Tarawih. Usah mencela penzahiran Rahmat Allah SWT atas hamba2 Nya. Semoga Allah SWT mengampunkan kita semua hamba2 Nya yang dhoif dan faqir serta yang tidak layak.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
RAMADHAN KAREEM, RAMADHAN MUBARAK
Sidi Nazrul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan