Sayyidi Asy Syarif menjelaskan bahawa Selawat Fatih adalah selawat makrifat iaitu penghulu segala selawat yang terkandung di dalamnya makrifat akan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, dan makrifat akan Rasulullah membawa kepada makrifat akan Allah Subhanahu Wa Taala. Selawat Fatih juga adalah mahkota Hakikat Muhammadiah manakala selawat2 lain adalah melingkunginya.
Selawat Fatih adalah anugerah terbesar dari hadrat Allah buat umat akhir zaman yang sudah tenat, penuh dengan kekurangan dan kelemahan seumpama badan manusia yang sudar berumur penuh dengan penyakit dan lemah. Sebab itulah Selawat Fatih mengandungi kelebihan dan keutamaan yang besar di sisi Allah, maka beruntunglah mereka yang dikurniakan dengan selawat ini dan sentiasa beramal dengannya. Sebab itulah tidak boleh ada sebarang penambahan kepada selawat ini walaupun ada sesetengah yang menambah وصحبه selepas lafaz واله, sebenarnya ini satu yang disebutkan sebagai buruk adab dengan hadrat kerana menambah sesuatu dari hadrat Allah, dan dinyatakan bahawa lafaz واله sudah merangkumi keseluruhannya sebab semuanya wujud dari hakikat baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ini juga membuktikan bahawa selawat ini adalah selawat makrifat yang datang dari Allah Yang Maha Agung
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Tiada ulasan:
Catat Ulasan