Khamis, 9 Mei 2019

Tausiyah Sayyidi berkenaan Selawat Fatih

Kata Syeikh Tijani Radhiallahu Anhu :  "Kalau ada 100 ribu umat, setiap umat ada 100 ribu qabilah, setiap qabilah ada 100 ribu orang, setiap orang baca 100 ribu selawat setiap hari, tak sampai 1 ganjaran daripada selawat fatih"

Selawat Fatih itulah selawat Allah kepada baginda Rasulullah

Sebab itulah Selawat Fatih tiada lafaz Wasallim

ان الله وملائكته يصلون على النبي...

Kerana lafaz Wasallim  itu menunjukkan kepada kejauhan dan antara baginda dan Allah tak jauh, bagaimana salam? Salam menandakan perbezaan antara dua hadrat sedangkan baginda adalah hamba Allah, pencinta Allah, sebab itu tak boleh salam

Imam Muhammad Alawi Al Maliki talqin selawat fatih dengan ada lafaz wasallim sebab ambil dari Imam Nabhani

Imam Nabhani di zamannya menambah lafaz wasallim dan wa sohbihi

Sedangkan dalam uruf ahlillah, tiada menambah sesuatu pun yang diterima dari hadrat Allah

Sebab apa? Sebab itu wahyu kepada wali sebagaimana wahyu diberi kepada Nabi

Yang diberi kepada wali nama wahyu ilham dan diberi kepada Nabi dinamakan Wahyu Tasyri'

Selawat Fatih bukan selawat ganjaran tapi selawat buka pintu hadrat Allah, selawat makrifat Allah, bukan selawat cari ganjaran

Di dalam Selawat Fatih semua hakikat Allah yang tertentu, penuh dengan makrifat, hakikat. Sebab itulah tak boleh bercampur dengan fahaman sendiri

Rasulullah itu ibu kepada alam, semua ciptaan Allah lahir dari hakikat baginda, sebab itulah sebut وعلى اله maksudnya segala yang lahir dari hakikat baginda Rasulullah

Kalau kita kata وعلى اله وصحبه maka اله itu khusus kepada keturunan jasmani Rasulullah walhal makna selawat fatih itu sangat luas, وعلى اله maksudnya apakah yang lahir dari baginda Rasulullah, apakah? Iaitu selain Tuhan. Sebab itulah م Rasulullah itu tunjuk kepada liputan segala makhluk, makhluk tidak boleh keluar dari م mim محمد, sebab itulah tukar dalam mikraj tukar م kepada ا  jadi احمد.

Alif apa maksud? Dalam ilmu geometri, alif itu maksudnya makhluk pertama yang lahir dari hadrat Allah. Dan alif itu lahir dari titik dan titik itu tak boleh kita syarah, apakah titik? Titik itu isyarat kepada hadrat Tuhan yang tak boleh dikenal, sebab itulah titik tak boleh dibaca seperti zero 0, 0 itu isyarat hadrat yang tertutup, sebab itulah apapun nombor kalau darab dengan 0 akan jadi 0, menafikan. Tapi semua nombor berhajat kepada 0.

Kelebihan umat Arab atas ketamadunan manusia kalau tiada 0 maka tak boleh bergerak tamadun, tak boleh cipta apa2...Siapa yang cipta 0? Orang Arab

Jadi dari titik itu lahir segala huruf2, 0 lahir segala nombor, juga dalam ilmu fizik, dari titik juga lahir garisan sehingga infiniti

Maka ا itu isyarat kepada makhluk pertama di sisi Allah, محمد di sisi alam, maksudnya kalau alam nak namakan aku kena panggil Muhammad, yakni mim yang jadu bekas kepada alam ini, kalau tiada mim tiadalah alam, jadi baginda adalah bekas dan bahan kepada alam ini, tapi di sisi Tuhan baginda adalah Ahmad, apakah Ahmad? Alif iaitu makhluk pertama yang lahir dari hadrat Tuhan, dalam Al Quran ada disebut
قُلْ إِن كَانَ لِلرَّحْمَٰنِ وَلَدٌ فَأَنَا أَوَّلُ الْعَابِدِينَ
81 الزخرف
Katakanlah wahai Muhammad sekiranya bagi Ar Rahman itu anak, maka akulah pertama yang menyembah Allah

Itulah tunjuk kepada kelahiran pertama iaitu baginda Rasulullah, tapi ada satu had yang tak boleh tahu iaitu bagaimana lahir dari hadrat Allah, itu tak boleh tahu dunia dan akhirat, itu rahsia Ilahi yang tertutup.

Segala alam ini adalah penzahiran kepada baginda Rasulullah, jadi Selawat Fatih itu tunjuk kepada hakikat baginda Rasulullah

Fatih maksudnya sebelum baginda, alam ini dalam hadrat ketiadaan, dengan baginda Fatih, ketiadaan itu nasakh dan jadi ada

Khatim apa maksudnya? Orang luar tijani tak boleh faham perkara ini. Seakan2 baginda dicipta dua kali. Jadi  Khatim maksudnya Allah buka alam ini dengan cahaya baginda Rasulullah dan Allah khatam kewujudan ini dengan tanah Muhammad iaitu Adam, Adam dalam ilmu makrifat itu makhluk terakhir, kalu org luar tijani persoal apa makhluk terakhir sedangkan Adam itu terawal, bagaimana terakhir? Jawabnya adalah dari jenis2 ciptaan Allah, manusia adalah jenis terakhir, Allah bersedia kerajaan Adam sebelum dicipta Adam, mempersiapkan, meluaskan alam ini, akhirnya Allah cipta khalifah kepada alam ini, Adam ini secara hakikat maksudnya Muhammad bangsa tanah, kalau yang pertama itu Muhammad bangsa Nur, Allah gelar Adam sebab tak boleh bagi nama, Adam itu warnanya اديم الارض. Adim itu warna tanah, sebab apa cipta dari tanah? Sebab Allah cipta alam dari 4 unsur iaitu Air Api Angin Tanah, jadi Allah pilih tanah yang layak untuk angkat hadrat Allah, Allah Maha Mulia nak lihat makhluk yang penuh kerendahan, kehinaan...lihat air laju, angin laju ringan, lihat api selalu nak naik dan cepat hilang, siapa yang tetap dan tak gerak? Tanah sahaja, siapa yang kekal kukuh dan tawaduk, sebab itulah Allah cipta makhluknya yang terpilih dari unsur tanah.

Jadi Khatim lima sabaq, maksud nya alam yang luas ini, ramai makhluk sehingga tak boleh kira, tapi jenis makhluk boleh kira, ada enam, Malaikat, jin, haiwan, galian, tumbuhan, manusia, inilah hakikat insan. Insan penuh dengan rahsia Allah.

Allah cipta makhluk pertama dari tanah. Itulah Muhammad bangsa tanah. Sebab itu kita muliakan Nabi Adam. Sebab itu bagi umat ini dua hari yang mulia, hari Jumaat dan Isnin sehingga bada khilaf mana yang lebih utama...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan