Isnin, 6 Mei 2019

NASIHAT YANG BERNILAI

"Syeikh, katakanlah kepada kami nasihat yang berharga"

Tiada nasihat yang lebih bernilai daripada nasihat taqwa. Kerana itulah wasiat Allah kepada hambaNya para nabi, rasul, orang2 soleh dan sekalian hambanya. Dan itulah wasiat para nabi kepada umatnya.

Bertaqwa lah kepada Allah !
Taqwa ialah takut kepada Allah. Yakni apabila kita mahu melakukan sesuatu dan kita tahu Allah tidak menyukainya, maka kita tidak melakukannya. Bukan melakukan apa yang kita suka dan apa yang kita mahu, tetapi apa yang Allah suka dan Allah mahu.  Meninggalkan apa yang diharamkan oleh Allah. Menjunjung apa yang diperintahkan oleh Allah.

Ini nasihat kepada diriku, dan nasihat kepada kalian semuanya. Bertaqwalah kepada Allah !

Takut kepada Allah iaitu menghormati hukum Allah, batasan Allah. Tidak tergelincir kepada apa yang diharamkan oleh Allah.

Penuntut ilmu tapi tidak bertaqwa kepada Allah, macam mana nak jadi alim? Kerana jadi seorang alim ialah menjadi orang yang bertaqwa.

Penuntut ilmu yang hidup dalam ketaqwaan dari permulaan hidupnya, ketika mana dia jadi alim dia akan jadi wali.

BERBOLAK BALIK TERJERUMUS DALAM MAKSIAT

"Ada taqwa tetapi sering terjerumus melakukan maksiat,bagaimana syeikh?"

Taqwa mu lemah !. Sebab taqwa menjadi lemah kerana berulang-ulang terjerumus dalam maksiat.

Dan taqwa menjadi lemah apabila meninggalkan suhbah bersama orang² soleh dan zikrullah.

Suhbah bersama orang soleh memberikan kekuatan, himmah, dan berkat. Ianya adalah penolong.

Sentiasa lah zikrullah. Aku ijazahkan kamu mengamalkan wirid ini (wirdul yaumi). Wirid ini padanya taqwa. Padanya berkat yang besar. Ia menjaga kita dari depan, belakang, kiri, kanan, dan menjaga faraj daripada khianat dan zina, yang zahir dan batin. Tarbiah padanya sangat besar. Jagalah wirid ini setiap selepas subuh dan maghrib.

Credit : Mohd Zulkifli Talib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan