1. Mengambil ijazah Selawat daripada Ahlinya.
2. Mestilah ia beriktikad Selawat Fatih bukanlah daripada ciptaan makhluq.
3. Hendaklah ia menghadirkan gambaran diri Baginda SAW.
4. Bahawa ia menjunjung perintah Allah untuk berselawat ke atas Baginda SAW.
5. Hendaklah ia iktikad bahawa Rasulullah SAW adalah Ain Zat Muhammadiah dan Sir Zat Ahmadiah dan Selawat Fatih adalah diri Hakikat Muhammadiah dan Sir Hakikat Ahmadiah.
6. Beriktikad bahasanya Rasulullah SAW adalah rahsia Zat Ahmadiah.
7. Iktikad bahawa Hakikat Baginda SAW adalah Ruh Kewujudan.
8. Iktikad bahawasanya Allah Ta'ala itu terlebih hampir kepada orang yang berzikir (berselawat) daripada urat lehernya.
9. Menghadirkan makna-makna zikir secara keseluruhan atau secara terperinci.
10. Sewaktu berselawat hendaklah ia mentakzimkan Nabi SAW kerana Allah Ta'ala (menjunjung perintah Allah dan perintah Nabi) dengan tanpa niat mengharapkan habuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan