Yang berselawat kepada Nabi Muhammad SAW hanyalah Allah SWT.
Oleh kerana itu kita membaca
Allahumma Solli a'la Sayyidina Muhammad = Wahai Tuhan selawatlah keatas Penghulu kami Muhammad.
sollAllahu a'la Sayyidina Muhammad = selawat Allah keatas Penghulu kami Muhammad
Tidak ada orang baca
Usolli 'ala Muhammad = Aku berselawat atas Muhammad
Inilah satu keagungan Baginda yang kita tak sedar tapi kita hari-hari buat. Kita berselawat itu adalah satu bentuk doa meminta Allah berselawat keatas Nabi.
Bahkan Allah telah berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sejak azali. Sebelum diciptakan makhluk, Allah dah selawat kepada Nabi Muhammad SAW.
Apabila kita ummatnya berdoa minta Allah berselawat untuknya, Baginda sudah terkaya dengan selawat dari kita kerana kalau kita tak berselawat pon Allah memang dah berselawat kepadanya sejak azali tetapi kita ini yang dapat manfaat dari selawat itu, iaitu Allah berselawat kepada kita.
Bagi orang yang tak makrifat kepada Allah, mereka rasa biasa saja Allah berselawat atas seseorang, tetapi bagi para arifin (orang yang kenal Allah), Allah berselawat kepada kita tu adalah satu penghargaan yang tak dapat diungkap oleh kata-kata.
Siapa kita, layakkan kita nak dapat selawat daripada Allah, sedar lah diri kita ni siapa. Kita ni penuh kejelekan, tak layak pon, kalau Allah buka aib diri kita ni, tak da sapa pon nak sebut dan tengok kita, sedar lah.
Tapi dengan 1x selawat ke atas junjungan besar kita Sayyidina Muhammad SAW, Allah selawat kat kita yang jelek, yang tak layak, yang hina ni 10x.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Tiada ulasan:
Catat Ulasan