Selasa, 11 Oktober 2022

LIMPAHAN ROBBANI KEATAS AHLI-BAIT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Maka dinuqilkan kenyataan daripada Kitab Irsyadul Asfiya pada perkara Limpahan-Limpahan Robbani Keatas Para Ahli-Bait, karangan Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala; 

Bahawasanya ilmu-ilmu Ihsan dan Makrifah terbitnya daripada dada para Ahli-Bait Rasulullah Sayidul Anam dan kami namakannya: 

  " فيض العليم العلام على أهل البيت الكرام "
Limpahan-limpahan Robbani keatas Ahli-Bait 

Keterangan hadis Sayidina Rasulullah ﷺ tentang kelebihan Ahli-Bait; 

أنا مدينة العلم وعلي بابها من أراد المدينة فليأتها من بابها
(أو كما قال عليه السلام) 
Ertinya: 

Aku adalah kota segala ilmu, dan Ali adalah pintunya, barangsiapa yang hendak masuk ke dalam kota ilmu tersebut, maka masuklah melalui pintunya. 

Diriwayatkan di dalam "khabar"/hadis, daripada Ibnu Abbas r.hu bahawasanya Allah membahagikan ilmu kepada 10 bahagian, dan Allah mengkhususkan Sayyidina Ali r.hu dengan 9/10 bahagian, dan Allah membahagikan 1/10 kepada manusia yang lain, dan Sayyidina Ali r.hu adalah terlebih alim daripada manusia yang lain pada baki 1/10 bahagian tersebut. 

Imam Ali Zainal Abidin Bin Sayidina Husain r.hu telah bersyair (terjemahannya); 

■ Aku akan sembunyikan permata -permata berharga daripada ilmu-ilmuku 

■ Supaya tidak dilihat orang akan kebenaran (suatu rahsia), (jika tidak) nanti mereka akan memfitnah akan kami 

■ Dan telah memberi nasihat oleh ayah kepada Al-Hasan (Sayidina Ali) pada masa dahulu kepada Al-Husain (setelah dinasihati akan Al-Hasan) 

■ Wahai tuhan bagi permata ilmu tersebut, jikalau aku boleh memberitahu akannya (kepada orang) 

■ Nescaya dikatakan padaku "engkau adalah daripada kalangan penyembah berhala" 

■ Nescaya orang-orang soleh akan mengatakan "darahku telah menjadi halal" 

■ Kerana mereka beranggapan perkara itu sangat teruk (bersalahan), dengan apa yang mereka tahu 

Dari kerana itulah, ilmu rahsia Ilahi ini tersimpan di dalam dada Imam Sayidina Ali r.hu dan di dalam dada anak keturunannya. Beliau telah memberi amanat (agar menyimpan rahsia) kepada Sayidina Al-Hasan r.hu dan Al-Husain r.hu, kemudian Sayidina Al-Hasan r.hu dan Al-Husain r.hu memberi amanat (agar menyimpan rahsia) kepada anak keturunan mereka, dan seterusnya diberi kepada sebahagian daripada manusia yang lain. 

Dari kerana itulah, rantaian silsilah dan sanad-sanad Thoriqah dan rantaian silsilah dan sanad-sanad nasab keturunan para Wali berakhir kepada Imam Ali r.hu, dan jarang sekali berlaku sebaliknya. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Sidi Nazrul 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan