Isnin, 31 Oktober 2022

MAJLIS SELAWAT FATIH

Menjadi amalan kebanyakan ulamak di  Maghribi khasnya dan benua Afrika amnya mereka berhimpun setiap hari Jumaat selepas solat Asar di masjid-masjid untuk berselawat beramai-ramai. Mereka memakmurkan waktu mustajab tersebut sebagaimana amalan Nabi dan para sahabat.

Dan telah menjadi masyhur di kalangan mereka menjadikan Selawat Fatih sebagai selawat utama berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis serta kesepakatan ulamak Maghribi mengisytiharkan selawat tersebut sebagai Ibu Selawat.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah seterusnya Istighfar, Selawat Fatih dan Tahlil. Bergemalah masjid-masjid dengan lantunan Zikrullah, satu suasana yang sungguh menarik perhatian mereka yang berkunjung ke bumi Maghribi terutamanya di Fes, Kota Para Wali.

Majlis seumpama itu juga diamalkan di bumi berkat Mesir di bawah pimpinan Ulamak Besar Hadis Mesir iaitu Syeikh Muhammad Al-Hafiz Attijani Rahimahullah dan diteruskan oleh para muridnya

Sekembalinya para ilmuan nusantara daripada bumi Maghribi dan Mesir khusisnya ke tanahair, mereka juga mengajak umat untuk menghidupkan majlis tersebut melihat kepada sebegitu besar kelebihan majlis zikrullah selawat pada waktu mustajab tersebut berdasarkan dalil-dalil yang jelas daripada Al-Quran dan As-Sunnah.

Semoga kita semua dapat bersama dalam Majlis yang penuh barakah dan rahmah daripada Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan