Khamis, 13 Oktober 2022

RUHMU ADALAH HAMBA


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Telah menasihati Murobbina Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala akan kami semua pada mengenali siapa diri kita.

Ketahuilah bahawa hakikat dirimu adalah ruh...ruh yang kenal dirinya dan arif akan Tuhannya.

Namun kini dirimu dibaluti jasad, nafsu, penuh keakuan dan penuh dengan rasa ketuanan.

Maka kembalilah pada asalmu... ruhmu, tinggalkan jasadmu dan keluarlah dari dirimu.

Yakinlah bahawa dirimu hamba Allah...DIA yang menggerakkanmu, menjagamu dan melindungimu.

Tuhanmu hanya Allah, bukan nafsumu, nafsumu itu ingin jadi tuan, maka lawanlah nafsumu dengan buang iradat serta Allah, kerana dirimu hamba Allah.

Jadilah hamba sebenar, bukan hamba yang derhaka.

Bebaskan dirimu dari belenggu nafsu.

Beribadahlah kepada Allah semata-mata hamba padaNYA. 

"Beramal jangan sampai terlihat akan manfaat pada amal...
 Beramal jangan sampai terhenti pada manfaat dan kemanisan...
 Beramal jangan sampai diri melihat maqam dengan amal...
 Beramal hanya semata-mata untuk menzahirkan kehambaan dan menzahirkan syariat"

Demikianlah antara pesanan daripada Murobbina Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala.

 Semoga Allah SWT melimpahi beliau dengan RahmahNya, BarakahNya dan MaghfirahNya, serta menempatkan beliau disamping kekasih-kekasih Nya yang mulia dan terpuji yakni disisi Sayyidul Wujud Sayyidina Wamaulana Muhammad SAW, Sheikh Ahmad at Tijani ra. dan Sayyidi Ahsan Al Baqili r.a.

Aaminn....

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Tiada ulasan:

Catat Ulasan