Selasa, 18 Oktober 2022

HAKIKAT MUHAMMADIYAHNUR MUHAMMAD AWAL CIPTAANJIRIM DAN ARADHLUAR DRPD JANGKAUAN HUKUM AKAL DAN GOLONGAN MUTAKALLIMIN



Berkata Syeikh Tijani وأرضاه وعنا به :

" وأمّا حقيقتُه المحمّديّة صلّى الله عليه وسلّم فهْي أوّلُ موجُودٍ أوْجدَه الله تعالى مِنْ حضْرةِ الغَيْبِ وليس عند الله مِنْ خَلْقِه موجُودٌ قبلهَا لكِنْ هذه الحقيقةَ لا تُعرفُ بِشيءٍ وقدْ تَعَسَّف بعْضُ العُلماءِ بالبَحْثِ في هذه الحقيقةِ فقال إنَّ هذِهِ الحقيقةَ مُفْرَدَةٌ ليس معها شيْءٌ فلا تَخْلُو إمّا أنْ تكُونَ جوْهَرًا أو عَرَضًا فإنّهَا إنْ كانت جوهرَا إفْتَقَرَتْ إلى المكان الّذي تَحِلُّ فيه فلا تَسْتَقِلُّ بالوُجود دُونه فإنْ وُجِدَتْ مع مكانِها دُفْعَةً واحدةً فلا أوَّلِيِّةَ لها لأنَّهما إثْنانِ وإنْ كانت عَرَضًا ليست بِجَوهر فالعَرَضُ لا كلام عليه إذْ لا وُجود للعرَض إلاّ قدْرَ لَمْحَةِ العَيْنِ ثمّ يزولُ فأين الأوَّلِيَّةُ التّي قُلْتمْ ؟

Ertinya :
Adapun Hakikat Muhammadiah yg mulia adalah awal kejadian yang dijadikan oleh Allah swt daripada hadrah ghaib,dan tidaklah ada suatu makhluk pun yang dijadikan sebelumnya….
Tetapi Hakikat Muhammadiah yg m iiani,tidak akan dikenali akannya dengan sesuatu perkara…
Sebahagian daripada ulama’ telah putus asa daripada kajian mereka mengenai Hakikat Muhammadiah ini..

dan mereka mengatakan bahawasanya Hakikat Muhammadiah yg mulia ini satu perkara yang tunggal/asa,tidak ada sesuatu yang berserta dengannya….

Tidaklah terlepas ia daripada dipanggil sebagai jauhar(جوْهَر)atau juga tidak terlepas ia daripada dipanggil akannya sebagai A’radh(َعَرَض)…(jikalau dibahas akannya )

Maka sesungguhnya jikalau dipanggil akannya jauhar,maka nescaya berhajatnya kepada ruang tempat yang menempatkannya di situ,kerana sesungguhnya tidak bolehlah terlepas wujudnya itu daripada mengambil tempat…
Maka jikalau wujudnya ia mengambil tempat secara serentak(hakikat Muhammadiah dan ruang tempat),maka tidak dinamakan wujudnya itu ada pada permulaan sekali..
Kerana pada ketika itu dinamakan ada kedua-duanya(hakikat Muhammadiah dan ruang tempat),…
Maka jikalau ia adalah a’radh( عَرَض),nescaya bukanlah ia jauhar…
kerana a’radh bukanlah ada,adanya(aradh) itu hanya sekadar kelipan mata jua(amrun –Iktibari),boleh hilang begitu sahaja..
Maka dimanakah permulaan yang engkau katakan bagi aradh tersebut
maka yang sebenarnya perbahasan pada a’radh tidak diperlukan disini…..
jawapan perbahasan yang sebenarnya ialah, Hakikat Muhammadiah itu adalah jauhar yang yang hakiki lagi sebenar,dan hal keadaannya berhajat kepada ruang tempat tidak sah sama sekali…
kerana perkiraan mengikut penilaian yang sudah menjadi adat kebiasaan orang, adalah berdasarkan akal fikiran yang terhad,akal yang dipandu oleh akal jism/anggota badan…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan