Jumaat, 28 Oktober 2022

Selawat Fatih kembali kepada fitrah, Back to Basic, Refresh, Reset

Selawat Fatih merupakan amalan ulamak turun temurun berdasarkan dalil naqli dan aqli yang sahih.

Mereka yang mengingkari kesahihan selawat ini tergolong daripada mereka yang mengingkari amalan ulamak muktabar seperti Syeikh Muhammad Mustafa Al-Bakri As-Siddiqi, guru besar kepada ulamak Al-Azhar, Syeikh Yusuf An Nabhani, Syeikh Muhammad bin Abdul Karim As Samman iaitu guru kepada ulamak-ulamak besar nusantara seperti Syeikh Abdus Somad Al-Falimbani, Syeikh Daud Al Fatani, Syeikh Arsyad Al-Banjari, Syeikh Wan Ali Kutan dan ramai lagi. Maka berhati-hatilah dalam menghukum atau menimbang amalan ulamak, cukuplah kita menerima atau taslim kepada mereka, itulah tanda pengikut Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Selawat Fatih mengajak kita kembali kepada fitrah iaitu mengakui Nabi Muhammad sebagai Pembuka alam semesta ini, Nabi adalah benih alam, tanpa benih tiadalah alam

Selawat Fatih umpama kita menekan butang REFRESH dan RESET di alatan teknologi kini setelah bergelumang dengan pelbagai rencah ujian kehidupan, maka kita memerlukan satu butang untuk kembali kepada asal agar boleh berfungsi dengan baik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan