BAGAIMANAKAH UNTUK MENCAPAI MA'RIFAT ?
MA'RIFAT itu maksudnya adalah :
"Engkau Mengenal Sekenal-Kenalnya Akan Realiti (Hakikat) Diri Engkau Sehinggakan Tidak Ada Yang Tidak Mengenal Melainkan Kenal Belaka..."
"Kenal Yang Sebenar-Benarnya Kenal..."
Inilah yang menyebabkan engkau tidak Kenal kepada hal-hal yang lain melainkan Kenal engkau itu hanyalah berkaitan dengan Diri Engkau Sendiri sahaja.
Bahasa mudahnya, apabila Engkau 'MENGENAL DIRI', maka secara automatiknya engkau akan 'LUPA DIRI'.
LUPA DIRI itu bukanlah bermaksudnya lupa daratan ataupun sombong.
LUPA DIRI itu bermaksudnya Akal engkau yang sentiasa melompat-lompat itu telahpun TENANG dan melupakan segala hal-hal yang lainnya.
Akal itu telah di 'Shut Down' dan tidak lagi berfungsi. Pada situasi ini, yang hanya berperanan adalah JANTUNG ataupun QALBU sahaja.
CAHAYA atau NUR QALBU yang Berfrekuensi Tinggi itulah yang akan menggerakkan segala pergerakan Jasad engkau dengan secara automatik.
Tanpa berfikir, Jasad engkau tetap Sempurna melakukan segala aktiviti.
Hal Leka tanpa Berfikir inilah yang dikatakannya 'KHUSYUK'.
TENAGA MAHA KREATIF yang menzahirkan Cahaya Getaran Berfrekuensi Tinggi inilah yang digelarkan dengan pelbagai nama-nama lainnya, seperti :
- NUR QALBU.
- NUR MUHAMMAD.
- CAHAYA ILLAHI.
- CAHAYA DIATAS CAHAYA.
Dan pelbagai lagi nama-nama lainnya.
Maka, bagaimanakah untuk MENGENAL DIRI ?
Untuk belajar MENGENAL DIRI, engkau perlulah mempraktiskan kehidupan sebagai ORANG KAYA.
* HIDUP ORANG KAYA.
Belajarlah hidup didalam KEKAYAAN DIRI.
Apabila kita sentiasa KAYA DIRI, kita sudahpun tidak memerlukan apa-apa lagi, cukuplah hanya dengan Diri Kita Sendiri sahaja.
Hanya Orang-Orang Miskin sahaja yang sentiasa merasa tidak cukup dan sentiasa hidup dengan meminta-minta.
Apabila engkau KAYA, maka apa lagi mahunya kepada Harta ?
Apalagi mahunya kepada Kuasa ?
Apa lagi mahunya kepada Tahta ?
Apabila engkau KAYA, maka segala-galanya sudahpun menjadi cukup SEADANYA !
Engkau hanya akan makan dengan apa yang ada sahaja, engkau hanya akan memakai dengan apa yang ada sahaja, engkau boleh tinggal dimana-mana dan engkau boleh tidur dimana-mana sahaja.
Rumah ORANG KAYA itu adalah seluas-luasnya langit yang terbentang. Hotelnya trillion bintang, bukannya hanya setakat 5 bintang sahaja.
Hanya Orang-Orang Miskin sahaja yang sentiasa merasa tidak pernah cukup !
Sudah ada tempat tinggal, tetapi masih mahukan Rumah.
Sudah ada Kuasa, tetapi masih mahukan Pangkat.
Sudah ada Kekayaan, tetapi masih mahukan Harta.
Sudah ada Tenaga, tetapi masih mahukan Kuasa.
Sudah ada makanan, tetapi masih mahu terus cari makan.
Sudah ada pakaian, tetapi masih rasa tidak cukup baju.
Hanya orang-orang MISKIN DIRI sahaja yang akan sentiasa hidup didalam bermasalah.
Bagi orang-orang yang KAYA DIRI pula akan sentiasa merasa Tenang, Rileks dan Bergembira.
Apabila engkau masih banyak lagi kemahuan, itu adalah tandanya engkau itu masih MISKIN pada hakikatnya !
Belajarlah hidup didalam PENUH KEKAYAAN DIRI.
Apabila sudah DIPENUHI KEKAYAAN, hidup engkau akan sentiasa merasa serba cukup.
Hidup didalam serba kecukupan inilah yang dikatakannya HIDUP SIMPLE.
Hidup Simple itu adalah dengan mengamalkannya, iaitu :
Makan apa yang ada, pakai apa yang ada, kerja apa yang ada dan Nikmati segala-galanya dengan apa yang ada sahaja.
Iaitu dengan "SEADANYA"...
Jadi, bagaimanakah untuk menjadi KAYA DIRI ?
Untuk menjadi KAYA DIRI itu, kita haruslah mempraktikkan hal-hal seperti berikut, iaitu :
1) MEMBERI.
ORANG KAYA akan sentiasa berkemampuan untuk Memberi.
Maka praktiskanlah perbuatan Memberi, Memberi dan terusan Memberi.
ISLAM menggelarkannya sebagai SEDEKAH.
Memberi itu bukanlah saja kepada sesama umat manusia, tetapi kepada seluruh makhluk.
Pemberian yang paling mudah dan murah sekali ialah Senyuman, Ucapan Terima Kasih dan Pujian.
Berikanlah Bantuan kepada sesiapapun tanpa mengira Agama dan Bangsanya.
Apabila Memberi, janganlah sesekali Mengharapkan apa-apapun, termasuklah Mengharapkan Ucapan Terima Kasih.
Janganlah Mengharapkan Kehormatan dan Puji-Pujian orang-orang diatas segala Pemberian kita.
Janganlah Mengharapkan apa-apapun Harapan !
Dengan Memberi akan membuatkan kita merasa lebih Gembira. Kenapa ?
Kerana apabila kita Memberi, badan kita akan mengeluarkan Hormon yang bernama DOPAMINE.
Ini adalah hormon 'Gembira' yang secara automatiknya akan keluar apabila kita merasa sangat-sangat Bahagia.
Semakin banyak dan semakin berterusan kita Memberi dengan segala KEIKHLASAN, maka akan semakin banyaklah Dopamine yang keluar dan makin berterusanlah Gembira kita.
2) TAFAKUR.
Praktiskanlah untuk selalu Bertafakur ataupun Meditasi.
Bertafakur itu adalah kaedah yang paling terbaik untuk mengamankan dan mententeramkan Akal yang sentiasa melompat-lompat itu.
Banyak teknik-teknik Tafakur yang boleh kita praktiskan. Bagi yang belum biasa dengan Bertafakur, maka praktiskanlah duduk ataupun baring dengan sendirian dimana-mana tempat yang Sunyi.
Rileks dan sentiasa Fokus menghayati Nafas yang turun dan naik. Apabila hilang sahaja Fokus, maka kembalikanlah hayati Nafas itu semula.
Bila lupa sahaja, bila terganggu sahaja, maka kembalikanlah Fokus itu kepada Nafas yang turun dan naik itu.
Rasakanlah bagaimana dada bergerak pada setiap turun dan naiknya Nafas.
Rasakanlah bagaimana udara yang masuk dan keluar itu akan diserap dan disebarkan keseluruh Jasad.
Tidak perlu sebut apa-apapun, tidak perlu menyebut perkataan 'HA' atau 'HU' atau 'HE'. Hanya perlu Fokus kepada Nafas yang turun dan naiknya itu.
Buat permulaannya, lakukanlah kaedah ini selama satu minit tujuh kali sehari.
Apabila sudah semakin selesa, nantinya kita sendiri yang akan menyesuaikan jangkamasa dan kekerapan aktiviti Tafakur itu.
3) HORMAT.
Sentiasa Menghormati diri kita sendiri dan makhluk-makhluk lainnya.
Hormat kepada diri itu termasuklah Hormati Masa, Hormati Kebersihan, Hormati Integriti, Hormati Kesihatan dan lain-lainnya.
Sentiasa Hormat akan Maklumat yang kita perolehi daripada sesiapapun.
Semua makhluk itu adalah 'GURU' kita, maka Hormatilah mereka !
Untuk matang didalam Kehidupan, kita haruslah sentiasa berterusan belajar daripada mereka-mereka yang lebih Arif.
Ambil Maklumat daripada mereka dan Proseslah Maklumat itu untuk dijadikannya Ilmu. Sentiasalah Berterima Kasih kepada mereka semua.
Hormat akan membuang Sifat Riya dan Ego diri kita sendiri !
Apabila Ego hilang, maka aktiviti Tafakur akan menjadi lebih mudah dan kita akan lebih senang untuk mencapai kepada keadaan SEDAR DIRI.
* FOKUS, UBAH, NATURAL DAN TERIMA KASIH.
1) FOKUS
Belajarlah Fokus didalam setiap perbuatan kita.
Fokus itu perlu untuk mencapai KHUSYUK, dan KHUSYUK itu perlu untuk mencapai SEDAR DIRI didalam TAFAKUR.
Apabila kita Fokus maka secara automatik hal esok yang menggelisahkan dan hal semalam yang sedih sudah tidak lagi wujud dan menjadi tidak relevan.
Yang ada hanyalah hal SEKARANG yang sedang kita Fokuskan itu.
Apabila hal SEKARANG ini sentiasa kita Fokuskan, maka AKAL tiada lagi masa untuk bersedih ataupun gelisah memikirkan hal-hal lainnya. Kita hanya akan sibuk Menikmati hal SEKARANG.
Setiap kali makan, mandi, berjalan, menyanyi ataupun apa-apa jua perbuatan, Fokus kepada salah satu Pengalaman yang sedang direkodkan oleh DERIA PENGAMATAN dan ORGAN TINDAKAN.
Contohnya :
Fokus sensitiviti sentuhan pada tapak tangan dan tapak kaki.
Setiap kali berjalan, rasakanlah tekanan kaki yang memijak, hayati kaki yang bergerak.
Hayati tapak tangan yang menggenggam, amati hayunan tangan, sentuh dan hayati kuku, urat dan otot-otot tangan yang kelihatan.
Atau, apabila makan misalnya, Fokuskan Pengalaman Rasa melalui Lidah yang sedang Merasakan makanan.
Hayatilah bagaimana gigi menggigit makanan ataupun Fokus hal bau melalui Hidung yang sedang terbau makanan atau Fokus hal Kulit yang sedang menyentuh makanan, atau Fokus hal Telinga yang sedang mendengarkan bunyi-bunyian di sekeliling tempat makan ataupun Fokus hal Mata yang sedang melihat makanan dan melihat kawasan persekitaran.
Buat permulaannya, Fokuskan kepada salah satu DERIA PENGAMATAN sahaja, kerana jikalau Fokus lebih daripada satu, nantinya kita akan mudah hilang Fokus.
Apabila semakin mahir, kita boleh belajar Multi Focus.
Fokus ini akan membuatkan kita ASYIK dan LEKA kepada subjek yang kita Fokuskan.
Apabila sudah terbiasa dengan Fokus, maka KHUSYUK itu akan datang dengan sendirinya.
Apabila sudah terbiasa dengan KHUSYUK, maka TAFAKUR akan menjadi mudah dan SEDAR DIRI juga akan datang dengan tersendirinya.
2) UBAH.
Hidup adalah berkaitan akan hal Perubahan.
Kehidupan itu sentiasa Berubah-Ubah daripada detik ke detik.
Jikalau diperhatikan dengan secara teliti, secara Mikro, tiada suatupun hal yang sama akan berlaku.
Nafas engkau ketika membaca tulisan ini sudahpun beberapa kali ianya Berubah-Ubah.
Mata engkau sudahpun beberapa kali Berubah-Ubah kerdipannya.
Makanya, kita juga haruslah Berubah dengan secara Makro.
Perubahan itu mungkin pedih, mungkin sedih, tetapi itulah realitinya. Itulah realiti Emosi yang harus kita hadapi didalam Perubahan Hidup.
Belajarlah juga menerima Perubahan didalam Ilmu. Jangan statik didalam Ilmu.
Ilmu itu sifatnya Hidup, maka Berubahlah !
Janganlah terlalu jumud didalam dogma Maklumat yang lama. Jangan belajar mengikuti buku ataupun mengikuti kehendak orang-orang dengan membuta tuli sahaja.
Janganlah bulat-bulat terima sahaja segala Maklumat, termasuklah jangan bulat-bulat sahaja terima semua Maklumat yang ada pada tulisan ini.
Proseslah segala Maklumat yang kita dapat, kaji, analisis, praktis, fahamkan dan rasai PENGALAMAN ILMU yang diperolehi.
Apabila sudahpun ada Pengalaman dan Yakin dengannya, maka Berpeganglah !
Jikalau ada mana-mana Ilmu yang membuatkan engkau menjadi was-was, gelisah dan tidak tenteram, maka beranilah membuat Perubahan. Itu tandanya ada yang tidak kena.
Untuk Menikmati Kehidupan yang Tenang, kita memerlukan Ilmu. Ilmu yang Benar adalah Ilmu yang sentiasa membuatkan hidup engkau gembira, tenang, aman, damai, bahagia lagi sejahtera.
Maka Berubahlah dan terimalah Perubahan !
3) NATURAL.
Belajarlah makan makanan Organik, sebabnya kita ini adalah Makhluk Organik.
Baik dan buruk Jasad kita, ianya bergantung diatas apa yang kita makan.
Belajarlah mengambil herba-herba untuk menggantikan ubat-ubatan dadah yang berlambak-lambak dipasaran ataupun dimana-mana sahaja. Belajarlah menggunakan minyak aromaterapi.
Belajarlah Mendengar dan Menikmati suara alam, bunyi apa-apa sahaja, suara sesiapa sahaja tanpanya prejudis dan tanpanya Menghukum.
Kenapa perlu Natural ?
Kerana, segala Hukum-Hukum Alam ini berjalan dengan secara Natural (SUNATULLAH).
Kita adalah sebahagian Makhluk Alam yang tertakluk kepada Hukum Alam ini.
Jadi, Natural !
4) TERIMA KASIH.
Belajarlah sentiasa Berterima Kasih ataupun BERSYUKUR terhadap kehidupan Sekarang yang sedang kita Nikmati ini.
Belajarlah Ucapkan Terima Kasih kepada seluruh makhluk yang ada.
Belajarlah Ucapkan Terima Kasih sebaik sahaja bangun daripada tidur.
Belajarlah Ucapkan Terima Kasih semasa sedang melakukan segala aktiviti-aktiviti harian dan sudahinya dengan Mengucapkan Terima Kasih semasa mahu tidur.
Mengucapkan Terima Kasih, ianya nampak mudah sahaja, tetapi ia akan menjadi susah jikalau kita jarang mempraktikkannya.
Si ayah yang jarang Ucapkan Terima Kasih kepada anak-anak ataupun isterinya, ianya akan menjadi sukar untuk Mengucapkannya.
Makanya, belajarlah untuk sentiasa Mengucapkan Terima Kasih pada bila-bila masa sahaja dan kepada sesiapapun diatas IHSAN yang mereka lakukan.
* RAHSIA YANG BUKAN RAHSIA.
Kesemua perkara-perkara yang telah disebutkan itu adalah Rahsia-Rahsia Awam yang sudah tidak menjadi Rahsia lagi.
Kita sendiripun bukannya tidak mengetahui akan kesemua perkara-perkara itu, kita tahu !
Kita sendiri sudah banyak kali mendengarkan tentangnya perkara-perkara itu, cuma kita tidak serius untuk mengambil tahu dan cuma kebodohan kita sendiri sahaja yang menutupi apa-apa yang kita sudahpun mengetahuinya.
Kebodohan tahap konyol sekonyol al-Mangkok al-Hayyun itulah yang membuatkan kita ingin mencari sesuatu yang lebih Arabic sehinggalah melupakan dan tidak mempraktiskan apa-apa yang telah kita mengetahuinya.
Bagi kebanyakkan kita, yang tidak berbau Arab itu tidaklah Islamik, kononnya apabila ada Arabic barulah menjadi lebih Islamik !
Kekonyolan tahap kronik inilah yang menyebabkan kita dengan mudah sahaja memperkosa AGAMA.
Dengan mudah pula kita diperkosa berkali-kali oleh Dogma-Dogma Arabic yang menyundalkan fikiran-fikiran dara kita yang Suci.
Penggunaan istilah Arabic itu tidaklah salah, penggunaan Falsafah Arab didalam memahamkan ILMU ISLAM yang meliputi SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT dan MA'RIFAT itu tidaklah salah.
Namun, janganlah terlalu taksub buta sehinggalah membuatkan kita mengutamakan yang Arab sahaja, seolah-olahnya mengganggap hanya Bahasa Arab sahaja yang Islamik, yang kelihatan Arab itu betul dan bukan Arab, tidak ISLAM dan tidak betul !
* WAKTU DULU-DULU.
Dahulu, sewaktu saya belajar ILMU HAKIKAT dengan beberapa orang GURU MELAYU ISLAM.
Saya telahpun diajarkan Mengenali Ilmu MUBADI 10.
Perlunya memahami akan Ilmu Alat yang dalamnya ada Lughah, Nahwu, Syaraf, Ishtiqaq, Ma'ani, Ba'yan, Badi', Qira'at, Aqa'id dan lain-lainnya.
Terkehel juga lidah mahu menyebutnya dan mandul juga otak mahu mengingatkannya.
Kemudian apabila telah mendalami ILMU MA'RIFAT daripada Guru saya, saya diajarkan pula tentangnya SIRR'.
Saya dilatih merasai DZAUK, saya difahamkan melalui LADUNI, saya kemudiannya diajarkan melihat SYUHUD, diajarkan tentangnya TAJALLI, diajarkan tentangnya ITTISYAL yang MUKASYAFAH KALB dan MUSYAHADAH SIRR, yang melalui KASYAF sehinggalah mencapai Martabat ILMU YAKIN, AINUL YAKIN dan HAQQUL YAKIN.
Saya diajarkan supaya mengetahui untuk membezakan A'YAN TSABITAH yang tidak MAUJUD tetapi MAQ'DUM yang TSA'BIT dengan HAQ'UN ILMUN yang sifatnya sentiasa kekal dalam A'YAN KHAIRIYAH yang BUTHUN pada SY'UN DZAT di Martabat WAHDAH yang sebelumnya ada AHDAH dan selepasnya ada WAHIDIAH.
Begitulah, ribuan Falsafah dan Tatabahasa Arab yang telahpun diajarkan kepada saya tahun demi tahun.
Persoalannya, apakah cara penyampaian berbau Arab itu salah ?
Tidak salah !
Apa-apa yang diajarkan oleh Para Guru-Guru itu adalah Benar !
Cuma perspektifnya hanya berkisar didalam sudut pandangan Agama yang menggunakan Bahasa Arab sebagai kaedah Penyampaian. Makanya, ambil dan praktiskanlah sahaja ILMU YANG BENAR ini.
Namun, janganlah pula kita menutup Minda kita untuk tidak mahu menerima MA'RIFAT didalam perspektif lain.
KINI....
Kini saya semakin mengerti setelah berpuluh-puluh tahun tergeliat lidah dan tergugur rambut untuk memahamkan segala hal Arab ini, saya semakin mengerti.
Saya semakin memahami bahawasanya "TUHAN" adalah hal TENAGA KREATIF yang sangat MAHA BIJAKSANA didalam melakukan segala sesuatu.
Kini saya melihat TENAGA KREATIF itu bukanlah sahaja ada didalam Arab dan bukan sahaja ada didalam Agama, tetapi ianya meliputi didalam Arab dan di luar Arab.
DIA meliputi didalam Hal Agama dan di luar Agama.
* TUHAN ITU ADA DIDALAM KETIADAANNYA DAN DIA TIADA DIDALAM ADANYA.
Apabila ini difahami, makanya kita tidak akan berbalah lagi didalam memahamkan Ilmu masing-masing.
Mereka yang tidak faham akan HAKIKAT TUHAN YANG MELIPUTI inilah yang sering Ego menyalahkan orang-orang lain, yang sering kasar, yang sering menghukum, yang sering mengatakan hanya merekalah yang benar !
* KESIMPULANNYA.
Kesemua perkara-perkara "BAGAIMANAKAH MENCAPAI MA'RIFAT” itu telahpun diolah didalam Bahasa Melayu yang paling mudah untuk difahami.
Ianya adalah Perinsip Asas yang diperolehi hasil daripada Pelajaran, Pengalaman dan Praktikal puluhan tahun didalam memahamkan MA'RIFAT melalui Teknologi Ilmu.
Ianya mungkin Benar bagi sesetengah orang dan mungkin juga salah kepada sebahagian orang-orang yang lainnya.
Kepada mereka-mereka yang menganggapnya salah, maafkanlah saya.
Kesemua perkara-perkara itu haruslah sentiasa Dipraktis, Praktis dan terus Dipraktiskan sehinggalah diri kita benar-benar Memahami dan SEDAR DIRI dengan apa yang kita Praktiskan.
KINI....
Kini usiaku semakin pendek !
"Entah esok entah lusa, ROH AKU ini akan pergi meninggalkan Jasadku..."
Saya sudah tidak mahu apa-apa lagi. Yang "Sudah tidak mahu apa-apa lagi" itulah, yang hanya menjadi mahuku !
Disaat saya menuliskan kesemua ini, saya hanya mampu tersenyum.
Saya Rindu ke Kampung Halaman yang kekal abadi dan bersama-sama dengan orang-orang yang saya Cintai dan Sayangi !
Cpf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan