Isnin, 3 Oktober 2022

Hikmah dan hakikat hari Isnin


Isnin adalah hari lahirnya Rasulullah,
Isra' Mikraj juga berlaku pada malam Isnin,
Hijrah Rasulullah juga berlaku pada malam Isnin,
Jika baca sirah, kebanyakan peristiwa besar kepada Rasulullah berlaku pada hari Isnin.

Hari Isnin adalah hari Rasulullah, kerana hakikat Baginda adalah wujud yang ke-2 setelah adanya Wujud yang Wajibal Wujud iaitu Allah.

Allah itu Ahad (Tunggal/Satu/Esa), lalu yang pertama Dia ciptakan ialah Sayyidul Wujud (sallAllahu a'laihi wa alihi wasallam). Jadilah Baginda wujud ke-2.

Maka dari sudut ciptaan, hakikat Baginda adalah yang pertama dan paling awal, dari sudut kewujudan hakikat Baginda adalah yang ke-2.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Tiada ulasan:

Catat Ulasan