Jumaat, 14 Oktober 2022

BANGSA ARAB DAN KEKUATAN ISLAM


Apabila Allah Azzawajalla ingin memperkuatkan sesuatu Bangsa dengan Islam, maka Dia akan menghantar orang Arab kepada bangsa tersebut (orang Arab yang akan memperkuatkan Bangsa tersebut dengan Islam)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Sayugianya Tanah Melayu ini berterusan dikunjungi oleh para Masyaeikh dari kalangan orang Arab sejak ratusan tahun yang lalu dan Tanah Melayu berterusan menjadi pusat perkembangan Islam di rantau ini. Walaupun terhenti sejenak selepas kemerdekaan, namun situasi terkini menyaksikan Tanah Melayu menjadi tumpuan semula para Habaib dan Masyaeikh untuk menjadikan semula Tanah Melayu sebagai pusat perkembangan Islam seperti suatu masa dahulu. 

Orang Arab adalah bangsa yang dinisbahkan kepada kemuliaan Sayidina Muhammad ﷺ dan bangsa yang dinisbahkan kepada kemuliaan Kaabah.

*Murobbina Al Allamah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijani Hafizahullahu Ta'ala, Daurah Kitab Ira'ah, Jumaat 6 Mac 2020, Zawiyyah Ira'ah, Gombak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan