Khamis, 20 Oktober 2022

DOA KEHAMBAAN

Ertinya: 
Wahai Yang menampakan keindahan dan menutupi keburukan, 

Wahai Yang tidak tergesa-gesa dalam menjatuhkan hukuman atas suatu kesalahan, 

dan juga tidak menyebar luaskan keaiban hambaNya, 

Wahai Yang Maha Pemaaf dan Pengampun, 

Yang kedua tanganNya senantiasa terulur dengan rahmat, 

Wahai Yang Maha Mendengar setiap bisikan rintihan dan Tempat melimpahkan segala keluhan, 

Wahai Yang Maha Pemurah, Wahai Yang Amat besar anugrahNya, 

Wahai Yang Maha menepis segala ketergelinciran, 

Yang memberikan kenikmatan sebelum diminta, bahkan sebelum hambaNya berhak untuk mendapatkannya.

Wahai Tuhanku, Wahai Junjunganku, Wahai Penolongku, Wahai Puncak Tujuanku, aku memohon kepadaMu janganlah Engkau hinakan diriku dengan musibah dunia dan azab neraka.

Syarah:
Di dalam kitab al-Mustadrak, Imam al-Hakim al-Naisaburiy menyebutkan sebuah hadits Shahih dari Umar bin Syu`aib Radiyallahu Anhu yang ia terima dari bapanya dan datuknya. Datuknya bernama Abdullah Bin Amr Bin Ash, datuknya meriwayatkan dari Rasulullah ﷺ : ia berkata :”Malaikat Jibril pernah datang kepada Rasulullah dengan membawa doa ini dari langit Jibril berkata : “Salam sejahtera atas mu ya Rasulullah”. Rasulullah menjawab : ”Salam sejahtera pula atas mu ya Jibril”. Ia berkata :”Allah telah mengutusku untuk membawa sebuah hadiah untukmu”. “Hadiah apa ?” tanya Rasulullah. “Beberapa kalimat yang diambil Nya dari gudang arsy” jawabnya. “Dengan kalimat ini, mudah-mudahan Allah akan memuliakanmu”. “Kalimat apa ya Jibril?” Tanya Rasulullah. Kemudian malaikat Jibril membacakan doa ini : Yaa man azharal jamiil, wa satarol qabiih
Rasulullah bertanya lagi : “Fadhilah apa yang Allah berikan kepada pembacanya ?”. Malaikat Jibril menjawab : “Seandainya semua malaikat yang ada di tujuh lapis langit itu berkumpul untuk menggambarkan fadhilahnya, nescaya mereka semua tidak akan mampu untuk menggambarkan fadhilahnya sampai hari kiamat tiba. Dan Allah Taala telah berfirman kepadaku : Kuberikan pahala kepada pembacanya sebanyak semua makhluk yang telah aku ciptakan, sebanyak titisan air hujan, sebanyak pasir dan kerikil, dan Aku berikan pahala seperti yang di dapat oleh 70 orang Nabi yang telah menyampaikan dakwah risalah”.

Imam al-Hakim mensyarahkan : “Hadis ini sanadnya shahih kerana perawinya kebanyakan berasal dari penduduk Madinah yang terpercaya”.

Teks Arabnya :-

جاء جبريل عليه الصلاة والسلام إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم في أحسن صورة رآه ضاحكاً مستبشراً لم ير مثل ذلك، فقال: السلام عليك يا محمد. قال: وعليك السلام يا جبريل، قال: يا محمد إن الله تعالى أرسلني إليك بهدية لم يعطها أحداً قبلك، وإن الله تعالى أكرمك، قال: فما هي يا جبريل؟ قال كلمات من كنوز عرشه. قال: قل: يا من أظهر الجميل، وستر القبيح، يا من لم يؤاخذ بالجريرة، ولم يهتك الستر، يا عظيم العفو، يا حسن التجاوز، يا واسع المغفرة، ويا باسط اليدين بالرحمة، يا منتهى كل شكوى، ويا صاحب كل نجوى، يا كريم الصفح، ويا عظيم المن، ويا مبدئ النعم قبل استحقاقها، يا رباه ويا سيداه ويا أملاه ويا غاية رغبتاه، أسألك بك أن لا تشوي خلقي بالنار.

Via ~ https://www.facebook.com/muhdaizudin.rosli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan