Ahad, 16 Oktober 2022

MEMBUANG GHAFLAH (LALAI) KETIKA MEMBACA SELAWAT AL FATIH


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Telah memberi nasihat akan Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, pada perkara untuk mengelakan ghaflah ketika berzikir akan Selawat Al Fatih; 

Dan Waqafkanlah diri kamu kepada Selawat Al Fatih sekiranya diri kamu benar pada Selawat Al Fatih, dan masuklah ke dalam Selawat Al Fatih itu, maka kamu akan mendapat hakikatnya. Alhamdulillah, seandainya kamu telah mendapat kunci Selawat Al Fatih itu, dan telah bersatu dengan Selawat Al Fatih itu, maka itulah penamatnya. Biar pun lidah kamu dipotong dan tidak lagi mampu membaca Selawat Al Fatih itu, namun hati kamu tidak akan berhenti daripada membaca dan tenggelam di dalam Selawat Al Fatih. 

Maka demikian itu, pada perkara yang boleh membantu seseorang itu untuk menyampaikan dirinya hingga ke hakikat Selawat Al Fatih itu, hendaklah dia duduk berselawat di dalam Majlis Selawat Al Fatih yang khas, sambil mengingati kalam-kalam khas akan hakikat-hakikat Baginda Nabi ﷺ dan memikirkan tentang kehebatan Baginda Rasulullah ﷺ. 

Ini adalah satu nasihat saya untuk membantu orang yang tidak berkemampuan dalam menjaga hati ketika berselawat, kerana musibah kita pada zaman ini adalah berpunca daripada kelalaian hati, banyak ghaflah, disebabkan masalah, yakni maklum diketahui sebab banyaknya makanan haram. Itulah yang menyebabkan kelalaian hati. 

Jadi, satu nasihat dari saya dalam hal ini, maka tetapkanlah masa untuk kamu buat majlis selawat dan untuk Tawajjuh. Ada pun bagi membuang lalai atau ghaflah, maka cubalah sedaya upaya kamu untuk mengkhayalkan kehadiran Baginda ﷺ dihadapan kamu ketika kamu berselawat, dan usahakanlah untuk bertafakkur tentang syamailnya Baginda ﷺ yang berbangsa zahir ketika kamu berselawat. 

Maklum pada ilmu Syamail itu ada dalam hadis, kepala Baginda ﷺ macamana, sifat kepala Baginda ﷺ macamana, serban Baginda ﷺ macamana, warna serban Baginda ﷺ macamana, ikatan serban Baginda ﷺ macamana, selepas itu turun pula kesifat dahi Baginda ﷺ macamana, semuanya ada dalam hadis. 

Kesemuanya ini hendaklah dirujuk kepada ilmu Syamail. Selepas itu turun pula pada mata Baginda ﷺ, kening Baginda ﷺ, selepas itu mata Baginda ﷺ yang bulat, selepas itu bulu, selepas itu kepada hidung, selepas itu kepada pipi, selepas itu kepada mulut Baginda ﷺ yang mulia, gigi Baginda ﷺ macamana, lidah, telinga, leher, dan seterusnya. Maka demikianlah keadaannya dalam melazimi majlis selawat.  

Ada pun sekiranya kamu tidak mampu untuk mengkhayalkan akan Baginda ﷺ, maka hendaklah kamu masuk ke dalam hakikat-hakikatnya dan rahsia-rahsianya. Cukuplah pada awalnya majis selawat dengan menghadirkan sifat Baginda Nabi ﷺ secara jasmaninya. Dan daripada itu, seandainya kamu tetap dalam keadaan itu, sedikit demi sedikit semasa zikir itu kamu akan dibawa masuk ke dalam hakikatnya dan cahayanya, serta rahsianya. 

Jadi, inilah cara yang paling mudah, dengan menghadirkan Baginda Rasulullah ﷺ melalui cara bangsa badannya, kakinya, perutya, pakaiannya, serbannya, lidahnya, nama isteriya, anaknya Fatimah, dan sebagainya. Demikianlah keadaan dan perlakuan seseorang itu semasa zikir bagi membuang ghaflah atau kelalaian, dengan memikirkan tentang sifat Baginda Nabi ﷺ yang zahir sehingga masuk kepada hakikatnya. 

Jadi, inilah satu cara untuk menjaga hati kita dalam selawat ke atas Baginda Nabi ﷺ, kerana ianya satu aib seandainya lidah kita menyebut selawat, tetapi hati kita lari (lalai dari Baginda Nabi ﷺ ketika berselawat).

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Tiada ulasan:

Catat Ulasan