Isnin, 10 Oktober 2022

TASBIH KHADAM AMALAN UNTUK MEREDAKAN KEPENATAN



Dari ‘Ali bin Abi Thalib RA ketika menceritakan kisah Fatimah RA binti Muhammad SAW. Suatu hari, Fatimah RA mendatangi Nabi SAW untuk meminta diberi pembantu (hamba). Rasulullah SAW berkata kepada anaknya, Fatimah RA,

Sabda BAGINDA SAW

أَلاَ أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ؟ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا، أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا، فَكَبِّرَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَسَبِّحَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَاحْمَدَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

“Mahukah kamu berdua jika aku tunjukkan kepada sesuatu yang lebih baik daripada seorang pembantu? Jika kamu berdua hendak tidur, ucapkanlah takbir 34 kali, tasbih 33 kali, dan tahmid 33 kali. Maka ini adalah lebih baik daripada seorang pembantu.”

‘Ali RA berkata,

فَمَا تَرَكْتُهَا بَعْدُ

“Aku tidak pernah meninggalkan amal itu setelahnya 

Ditanyakan kepada ‘Ali bin Abi Thalib RA,

وَلاَ لَيْلَةَ صِفِّينَ؟

Juga tidak meninggalkan (Amalan itu) ketika malam perang Shiffin?” 

 ‘Ali RA menjawab,

وَلاَ لَيْلَةَ صِفِّينَ

 

“Tidak sesekali (aku tinggalkan) walaupun ketika perang Shiffin.” (HR. Bukhari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan