Agama Islam mula-mula memasuki Tanah Melayu adalah daripada pendakwah-pendakwah dari kalangan ahlul bait yang telah pun membawa Islam sejak tahun 1000 masihi..
Sayyid Jamalullail datang ke Tanah Melayu (Kelantan) adalah perintah daripada Rasulullah SAW, Syeikh Abdullah datang ke Tanah Melayu (Kedah) adalah perintah daripada Rasulullah SAW, Syeikh Ismail datang ke Tanah Melayu (Melaka) juga adalah dengan perintah daripada Rasulullah SAW. (kisah - Syeikh Ismail dari Yaman suatu hari menunaikan ibadah Haji di Makkah, seterusnya beliau menziarahi maqam Rasulullah SAW di Madinah. Lalu beliau mendengar suara keluar dari Maqam Nabi "Wahai Ismail pergilah ke Tanah Melayu". Kemudian beliau terus ke Tanah Melayu (Melaka) bersama beberapa orang pendakwah semuanya dari kalangan ahlul bait).
Ramai lagi ahlul bait seperti Syeikh Abdul Ghoni datang ke Negeri Perak dan ramai lagi.
Antara nama-nama yang digunakan oleh orang Melayu yang menunjukkan mereka dari keturunan ahlul bait (ahli keluarga Nabi SAW).
Iaitu:
Sayyid, Syarifah, Said, Wan, Meor, Tuan (contoh - Tuan Ibrahim bin Tuan Man), Tun (contoh - Tun Razak bin Tun Ismail), Nurul, Siti, Habib (contoh - Habib Umar bin Habib Hafidz), Syarif, Nik (contoh - Nik Aziz bin Nik Mat), Long (Long Jaafar bin Long Mahmud), Ngah, Tengku, Raja (semua kesultanan dan raja di Malaysia adalah daripada kalangan Ahlul Bait Nabi SAW).
Disamping itu terdapat ramai juga keturunan ahlul bait yang tidak langsung menggunakan nama-nama seperti di atas.
Di dalam kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa lebih 60% orang Melayu di Malaysia adalah keturunan Rasulullah SAW.
Menyedari hakikat inilah, maka penjajah inggeris telah membawa masuk jutaan pendatang cina dan india ke Tanah Melayu.
Lebih 1juta pendatang cina telah diberi tanah di antara 10 hingga 300 ekar secara percuma oleh inggeris di antara tahun 1951-1953. Sebelumnya lebih 100 ribu pendatang cina telah diberikan modal perniagaan untuk berniaga di seluruh kawasan-kawasan bandar di Tanah Melayu oleh inggeris sebelum merdeka.
Semua agenda ini dirancang untuk melemahkan umat Islam dan ekonomi umat Islam terutama dari kalangan Ahlul Bait Nabi SAW.
Dalam kajian juga, mendapati terdapat 5 buah negara yang mempunyai keturunan ahlul bait yang paling ramai di dunia, iaitu.
1. Yaman
2. Malaysia
3. Indonesia
4. Maghribi
5. Syria
Habib Umar Al-Hafidz dari Yaman berkata,
"Malaysia adalah negara Ahlul Bait"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan