Isnin, 3 Oktober 2022

Fasal pada menyatakan Kisah bacaan Maulid


Telah berkata Imam Suyuti di dalam Kitab:  
Wasail Fil Syarhil Syamail
 
(Kitab pada membahaskan wasilah pada mensyarahkan Kitab Syamail).

Maka tidaklah daripada satu rumah atau masjid ataupun satu tempat yang dibacakan padanya Maulid Rasul melainkan dihamparkan sayap para malaikat pada tempat tersebut
Dan meratakan limpahan rahmat terhadap mereka  

Dan malaikat tersebut akan mendoakan kepadanya dengan penuh kebaikan. 

Dan tidaklah daripada seorang Muslim yang dibacakan pada rumahnya Maulid Nabi melainkan Allah SWT akan mengangkat akan kemarau, waba, kebakaran, penyakit-penyakit, bala, penderitaan, kemarahan, hasad, ain yang jahat..
 juga dijauhkan daripada Al-Lusus (dielakkan daripada kemasukan pencuri) daripada rumah tersebut. 

Apabila mati seseorang itu Allah Ta'ala akan memudahkan akannya dapat menjawab akan soal Mungkar dan Nakir..
dan ia akan berada di tempat yang baik di sisi penduduk langit kerana menzahirkan akan kegembiraan terhadap Baginda SAW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan