Nur Muhammad yang dibawa oleh ulama' silam antaranya ialah Al-Imam Al-'Allaamah Asy-Syekh Muhammad Nawawi bin Umar al-Jawi al-Bantani at-Tanari asy-Syafi'i
Ulama' kelahiran Bantan, Indonesia. Kealiman dan ketakwaannya yang masyhur sehingga orang arab dan ajam bercita-cita ingin melihat rupanya.
Karena kemasyhurannya, Syekh Nawawi al-Bantani dijuluki Sayyid Ulama al-Hijaz (Pemimpin Ulama Hijaz), al-Imam al-Muhaqqiq wa al-Fahhamah al-Mudaqqiq, A'yan Ulama al-Qarn al-Ram Asyar li al-Hijrah (Tokoh Ulama Abad 14 Hijriyah), hingga Imam Ulama al-Haramain, (Imam 'Ulama Dua Kota Suci).
Alim tak alim dia, ummat melayu dulu memang ikut beliau. Orang melayu dulu jika ditanya berapa ayat al-Quran, mereka tidak jawab 6,236 ayat tetapi mereka jawab 6,666 ayat. Mengapa 6,666 ayat kerana beliau sangat Muhaqqiq dan Mudaqqiq dalam keilmuan, beliau pecahkan ayat
1000 ayat di dalamnya tentang perintah
1000 ayat tentang larangan
1000 ayat tentang janji
1000 tentang ancaman
1000 ayat tentang kisah-kisah dan kabar-kabar,
1000 ayat tentang ‘ibrah dan tamsil
500 ayat tentang halal dan haram
100 tentang nasikh dan mansukh
66 ayat tentang du’a, istighfar dan dzikir
Beliau juga mengsyarahkan maulid barzanji didalam kitabnya bernama Madarijus Su'ud, disini lah kita boleh mendapat perbahasan Nur Muhammad.
Kealiman Syekh Nawawi Al Bantani diiktiraf dunia Islam, seluruh Ulama' mengiktirafnya, ni bukan level Mufti Negeri, atau sidang kata apa benda. Yang macam ni laaa ummat melayu kena ambik pandangan dan pendapat bukan ahli sosial media acah-acah mereka golongan Ghuraba' yang dimaksudkan Nabi.
Ummat Islam seluruh dunia di zaman Syekh Nawawi Al Bantani, jika waktu musim haji, mereka takkan lepaskan peluang untuk lihat Syekh Nawawi Bantan ni, nak dengar kalam segar darinya. Ni Ulama' melayu kita yang dibanggakan, bintang kita.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
#Via Tajmil Hanif Tarmizi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan