بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Berkata Al Qutbl Maktum dan Al Khotmul Muhammadi Al Maklum Syeikh Ahmad At-Tijani r.hu;
الإقبال منا والإدبار منا
■ Orang yang datang dan mengikuti kami dan menjadi ahli Thoriqah ini, datangnya dari kami. Dan orang yang berpaling dan tidak mengikuti kami datangnya juga daripada kami.
سائق السعادة يسوق أناسا لهذه الحضرة.
والصارف الإلهي يصرف أناسا عنها.
■ Pemimpin yang memimpin kearah kebajikan, memimpin manusia memasuki toriqah ini (Tijani)
■ Dan Allah jualah yang menjauhkan mereka daripada memasuki Thoriqah ini.
Dan berkata Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala;
Bersyukur kepada Allahﷻ yang telah menerangi hati Wali-Wali Nya dengan Nur Makrifah Nya, yang mendekatkan mereka kepada Nya dengan Nur tersebut.
Dan dengan Nur itulah mereka tenggelam dan hanyut dalam lautan Makrifah Nya. Allahﷻ yang menyediakan bagi mereka anugerah kejayaan, kemuliaan Taufik dan Hidayah Nya.
Dan yang menjadikan mereka tauladan yang terbaik untuk ummah (selepas para Nabi-Nabi), dan merekalah yang memberi tunjuk ajar dan yang memandu arah dengan Nur Nya kepada Nya.
Juga kepada orang-orang pilihan yang dipilih secara khusus dengan pertolongan dan Inayah Allahﷻ. Merekalah pemimpin sebenar diatas muka bumi ini.
Selawat dan salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ. Cinta dan Mahabbah kepada beliau menjadi asas dan tunjang kekuatan iman seseorang hamba Allah.
Dan daripada Nur Nabi Muhammad ﷺ terjadinya segala makhluk ciptaan Allahﷻ yang lain. Dan dengan sebab Nur yang mulia itu juga, tercipta dan bertaburannya sekelian makhluk dialam semesta ini.
Selawat dan salam atas sekelian keluarga Baginda ﷺ dan kepada para sahabat-sahabatnya, merekalah sebaik-baik pemimpin.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
■ Naqal dari Kitab Irsyadul Asfiya, susunan Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala
Cpf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan