Rabu, 30 November 2022

Ummus Solawat


بسم الله الرحمن الرحيم 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.

Sesungguhnya orang yang mengkaji akan Zat Nabi Muhammad Saw yang mulia lagi nurani(bercahaya), Nescaya dia akan dapat melihat Zat Nabi Muhammad saw mulia tersebut, Disaluti dengan cahaya2 yang ditulis daripada selawat2 wali2 Allah...
Dan kedudukan Selawat Fateh adalah Mahkota yang bercahaya berada di atas Zat Baginda saw...Itulah mahkota tertinggi yang berada di atas singgahsana Zat Baginda saw...
-Mujaddidulmillah Waddin Sidi Alhaj Alahsan Alba'qili Al-Hasani Almaghribi RA-

Selawat Fatih telah masuk awal di tanah Melayu melalui Syekh Daud Fatani, Syeikh Abdul Somad dan Syeikh Arsyad Banjari, setelah itu Allah Mengkhususkan Johor dan menyampaikan Selawat Fatih kepada Johor melalui Sanad Baru, Sanad yang lain dan saluran baru itu melalui Syeikh Fadil Banten yang menjadi simbol Johor, tanda Kewalian di Negeri Johor dan Beliau menjadi Guru kepada Sultan di zaman tersebut (penasihat), selepas itu datang lagi saluran baru dan sanad baru Selawat Fatih itulah yang dimaksudkan sebagai sentiasa diperbaharui atau memperbaharui limpahan dengan madad.

● Tanah ini ( MELAYU ) selalu diingati.

Ketahuilah Selawat Fatih sampai ke Tanah Melayu sebelum sampai ke Tanah Maghribi.

Di Morocco, Selawat Al Fatih ini dikenali sebagai Ummus Solawat (أم الصلوات) , (yakni) ibu kepada segala Selawat. Sehinggalah Sekarang ini sudah 200 tahun di Morocco Selawat al Fatih ini menjadi selawat rasmi, selawat kerajaan, selawat Raja, selawat ulama, (dan) selawat imam-imam. Selawat al Fatih itu menjadi syiar dan tanda Morocco.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan