بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Bahawasanya, kesungguhan yang ditunjukan oleh golongan Muhaqiq (ahli-ahli hakikat) dari kalangan wali-wali dan orang-orang Arifin dalam mendapatkan sanad yang 'ali (sanad yang paling dekat dengan Sayidina Rasulullah ﷺ) serta berusaha keras untuk meneliti kesahihan sanad tersebut, supaya dapat dikemukakan kepada orang lain sebagai bukti pada ketika itu, kerana mengharapkan Nafahat (limpahan madad) itu mengalir juga keatas diri mereka dan mengalir juga kedalam tadahan mereka, dan juga kerana bimbang terlepas peluang untuk bersahabat dengan wali-wali yang hidup sezaman dengan mereka, berdasarkan kepada dalil Baginda ﷺ;
ان لربكم في أيام دهر كم نفحات ألا فتعر ضوا لها
Ertinya:- Sesungguhnya bagi Allahﷻ suatu masa dalam hari-hari kamu, iaitu beberapa NafahatNya akan mengalir kepada diri kamu, tidakkah kamu bersedia untuk mendapatkannya?
Nafahat-nafahat tersebut ialah suatu limpahan ilahi yang Allahﷻ kurniakan kedalam hati-hati hambaNya yang terpilih daripada wali-wali dan Siddiqin iaitu Lataif Daqaiq, Maa'rif, dan Asrar-Asrar Jabarut. Dan Lataif tersebut terus mengalir melalui diri mereka dan terus mengalir kepada hamba-hambaNya, samada kepada orang-orang yang tertentu, mahupun kepada orang awam.
[Naqal dari Kitab Irsyadul Asfia karangan Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala]
Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞
Tiada ulasan:
Catat Ulasan