Beliau bermunajat kepada Allah dengan memandang Ka'bah selama 17 tahun. Munajat yang beliau pintakan adalah supaya Allah mengurniakan satu selawat yang ringkas tetapi menghimpunkan seluruh jenis selawat. Lalu selepas 17 tahun datanglah dari pihak ghaib satu tulisan emas yang tertulis
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ، وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ، نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ، وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ، وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ .
Lalu dinamakan bentuk selawat ini dengan Al-Yaqut Faridah (Permata Tunggal). Selawat ini juga dikenali dengan nama selawat Al-Bakriyah dan Selawat Fateh.
Beliau mengijazahkan selawat ini kepada muridnya dan Khalifah tarekat Khalwatiyah Sammaniah, iaitu Sidi Muhammad Bin Abdul Karim Samman Al-Hasani, Syekhul Masyaikh Madinah pada zamannya dan beliau adalah jurukunci kota Madinah serta penjaga makam Nabi Muhammad ﷺ.
Sidi Muhammad Bin Abdul Karim Samman mempunyai ramai anak murid dan muridnya yang terkenal di tanah Nusantara ialah Syekh Daud bin Abdullah Al-Fathoni, Syekh Arsyad Al-Banjari, Syekh Abdul Samad Al-Falimbani, Syekh Wan Ali Kutan Al-Kalantani, Syekh Abdul Rahman Mishri Al-Batawi, dan ramai lagi.
Orang melayu dahulu memang mengamalkan selawat ini kerana yang bawanya adalah Qutub Tanah Nusantara terutamanya 3 orang yang disebutkan iaitu Syekh Daud Bin Abdullah Al-Fathoni, Syekh Abdul Samad Al-Falimbani, dan Syekh Arsyad Al-Banjari.
Mereka bertiga yang mencetak ulama', auliya' dan pejuang-pejuang tanah Nusantara. Bahkan Syekh Abdul Samad Al-Falimbani sendiri menemui syahid pada usianya 130 tahun ketika mengetuai peperangan Kedah - Siam. Sehingga sekarang kepalanya masih berada di Muzium Istana Bangkok.
Kini amalan selawat ini dibaca dan dihidupkan semula dengan sanad baru yang datang dari sahabat seperguruan 3 bintang Ulama' Melayu tadi iaitu melalui sanad Syekh Ahmad Bin Muhammad At-Tijani Al-Hasani Al-Maghribi.
Syekh Ahmad Tijani dalam biografinya beliau juga pernah menemui sendiri Sidi Muhammad Bin Abdul Karim As-Samman.
Syekh Ahmad Bin Muhammad At-Tijani ditalqinkan selawat ini oleh Rasulullah ﷺ secara sedar (yaqazah). Oleh kerana itu selawat fateh menjadi amalan utama dalam tarekatnya.
Semoga sanad yang datang dari bumi Maghribi ini menghidupkan kembali pembacaan selawat fateh ini yang pernah menjadi siulan ulama', auliya', salatin, dan mujahidin melayu ketika dulu.
Semoga ummat ini tidak terlepas dari mendapatkan permata tunggal (Al-Yaqut Faridah) yang bernilai ini.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Tiada ulasan:
Catat Ulasan