Memadailah untuk kita memahami betapa besarnya selawat bilamana Allah SWT dengan kemuliaan NY dan kebesaran NY melazimkan diri dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..malah Allah mengkhususkan cuma diri Nya sendiri untuk berselawat ke atas Baginda sehingga Allah melarang kita berselawat ke atas Baginda Rasullullah SAW..kenapa& bagaimana?
Perhatikanlah..setiap kali kita menyebut selawat ke atas Baginda Rasullullah SAW .. Allah meminta kita serahkan selawat kepada NYA. melalui lafaz اللهم صل على ( Wahai Allah berselawatlah ke atas Nabi Mu.. )
Adakah boleh kita sebut dengan lafaz صَلَّيْتُ على ( Aku berselawat ke atas Nabi..)walhal, صليت على رسول الله itu sudah betul dari sudut Bahasa Arab, sebaliknya kita merasa berat untuk menyebut demikian..
Betapa nyata kebesaran selawat.. nyata kebesaran Rasulullah SAW empunya selawat.. kita sekadar meminta Allah berselawat ke atas Baginda Rasullullah SAW..( اللهم صل على ) (Wahai Allah berselawatlah ke atas Nabi Mu) ,bukan kita yang layak berselawat ke atas Baginda Rasullullah SAW.. tapi cuma Allah sendiri.
Sebab , tiada yg layak untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan tidak ada yg mampu mengenali Rasulullah SAW sehingga layak berselawat ke atas Baginda Rasullullah SAW.. kerana demikian itulah, di dalam i'tiqad ASWJ.. ulama muhaqqiq telah bersepakat/ijmak bahawa selawat Allah ke atas Nabi Muhammad SAW adalah perkara yg di tauqifkan( yang tidak di kenali)..( tauqifiyyah) tidak boleh dikenali maknanya melalui aqal dan dalil/nas..walaupun ada Nas perintah dari Allah supaya berselawat tapi apakah Selawat Allah ke atas Baginda.. bagaimana Allah sentiasa sejak azali berselawat ke atas Nabi Ny..ianya suatu perkara yang diluar kemampuan aqal untuk mengenali makna selawat..
Selawat bukanlah terhenti sekadar makna berselawat menambah rahmat, menambah syafaat menurut ahli zahir..
Ramai orang yang tidak sedar..tidak perasan akan betapa besarnya hal ini kerana kita sudah terbiasa dengan selawat .. bahawasanya sebenarnya bukan kita, hanya Allah saja yg layak berselawat..
Dalam agama Islam tidak ada amalan yg seumpama selawat kerana selawat, Allah sendiri yg berselawat..( amalan zikir yg Allah pilih untuk diri NY sendiri..)
"Mutiara Kalam berharga Sayyidi Ahmad Alhadi Alhasani Almaghribi hafizahullah"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan