Jumaat, 4 November 2022

PERIHAL WIRID DAN WARID


Berkata Syeikh Ibnu 'Atha'illah Al-Sakandari Rahimahullah:

"Tidak akan meremehkan wirid kecuali orang yang sangat bodoh, warid (kurniaan Allah buah dari wirid) itu akan wujud di akhirat. Wirid itu akan habis/hilang bersama habisnya dunia. Dan sebaik-baik yang harus diperhatikan oleh seseorang iaitu perkara yang apabila hilang tidak ada gantinya(wirid). Wirid itu sebagai perintah Allah padamu (haknya Allah yang harus kau penuhi), sedangkan warid itu hajat keperluanmu yang kau minta kepada Allah maka apa sebanding antara perintah Allah kepadamu (hak Allah) dengan pengharapanmu dari Allah."

Wirid adalah segala macam bentuk ibadah lahir batin baik yang wajib mahupun yang sunnah, sedangkan Warid : pemberian Allah dalam hati hamba yang berupa pemahaman, nur/cahaya, kesenangan/manisnya dalam beribadah, taufiq dan hidayah-Nya.

Maka sebaiknya seorang hamba menjalankan kewajibannya kerana wirid itu hanya berlaku ketika masih hidup di dunia ini saja, sedang waridat berlanjutan sampai di akhirat.

=======

Rasullullah SAW bersabda : "Amal yang paling disukai Allah ialah yang istiqamah (terus-menerus) meskipun sedikit."

Imam Hasan al-Basri RA berkata : "Siapa yang hari ini sama dengan hari kelmarin, maka dia rugi dan siapa hari ini lebih buruk dari kelmarinnya, maka dia mahrum (tidak dapat rahmat) dan siapa yang tidak bertambah bererti makin berkurang amalnya, maka mati lebih baik baginya."

=======

Ketika Imam Junaid al-Baghdadi RA ditegur orang kerana memegang tasbih di tangannya: "Tuan dalam kedudukan yang demikian itu masih menggunakan tasbih ?" Jawab Imam Junaid: "Alat yang telah menyampaikan kami, maka tidak akan kami tinggalkan."

=======

Imam Junaid al-Baghdadi RA berkata: "Orang arif menerima semua amal (wirid) itu sebagai tugas dari Allah kerana itu mereka kembali menghadap pada Allah dengan kebiasaan wirid (ibadah) yang ditugaskan Allah itu. Dan andikata seribu tahun tidak akan mengurangi sedikitpun amal wiridku kecuali jika terhalang untuk melakukannya."

=======

Berkata Syeikh Ibnu 'Atha'illah Al-Sakandari Rahimahullah: "Datangnya bantuan/ pertolongan dari Allah itu menurut kadar persiapannya Dan terbitnya/cahaya Ilahi itu menurut/bergantung pada bersih/jernihnya hati."

Bersihkan hatimu dari segala sesuatu selain Allah, niscaya Allah akan mengisi/ memenuhi hatinya dengan pengertian-pengertian ma’rifat dan rahasia-rahasia keyakinan. Kerana itu tiap-tiap warid (pemberian kurniaan dari Allah) itu tergantung pada wirid, apabila wiridnya banyak maka waridnya juga banyak, apabila wirid itu timbul dari hati yang bersih, maka datangnya warid demikian terang jernihnya, demikian pula jika wiridnya tetap terus, maka waridnya pun demikian tidak berhenti begitu seterusnya.

Sumber : 
Kitab Syarah Al-Hikam 
Madrasah As-Saidiyyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan