Selasa, 8 November 2022

BETAPA BERUNTUNGNYA UMMAT SAYIDINA MUHAMMAD ﷺ


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Dan adalah ummat Sayidina Muhammad ﷺ itu telah mewarisi suatu keberuntungan yang paling besar disisi Allah ﷻ melalui Hadrah Pujian yang paling sempurna terhadap Allah ﷻ, yang mana ianya tidak terdapat pada ummat-ummat yang terdahulu. 

Sesungguhnya Ummat Sayidina Muhammad ﷺ itu mendahului ummat-ummat yang lain dalam puji-pujian terhadap Allah ﷻ melalui Al Fatihah. 

Dan adalah Al Fatihah itu suatu Hadrah Pujian yang paling awal dan yang paling sempurna oleh Sayidina Muhammad ﷺ terhadap Allah ﷻ. Menurut Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijani Hafizahullahu Ta'ala;

"Adalah AHMAD yang telah menyempurnakan pujian secukupnya terhadap Allah, yakni yang paling sempurna Hamdih (ﺤﻣﺪﻩ) nya, dalam pujiannya terhadap Allahﷻ. Dan daripada Itulah yang diisyaratkan melalui FATIHAH. Maka, adalah FATIHAH itu pujian daripada Baginda ﷺ terhadap Allah ﷻ buat pertama kalinya. Dan dari itu sebablah, ianya telah menjadi IBU KITAB kerana telah mencukupi akan ianya dari Al Quran itu secara keseluruhannya, atau secara perinciannya. Maka telah mencukupi FATIHAH itu sebagai pujian Baginda ﷺ kepada Allah ﷻ sebelum adanya sesuatu yang memuji akan Rasulullah ﷺ".

Demikianlah keberuntungan Ummat Sayidina Muhammad ﷺ yang mendahului ummat-ummat yang lain dalam memuji akan Allah ﷻ, sehingga jadilah Ummat Sayidina Muhammad ﷺ itu akan bangsa yang menyamai pujiannya terhadap Allah ﷻ itu menerusi neraca pujian kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ - Al Fatihah.

Sayugianya, perbanyakanlah berselawat keatas Sayidina Muhammad ﷺ sebagai Rahmat Atas Sekelian Alam (Rahmatu-lil-'alamin) yang mewariskan kita Ummatnya dengan suatu warisan yang sempurna, dan sebagai suatu bentuk kesyukuran kita atas nikmat Allah ﷻ yang teragong - Sayidina Muhammad ﷺ. 

Sesungguhnya nikmat kewujudan dan penzahiran Baginda ﷺ itu tidak akan dapat diungkapkan dengan kata-kata, dan tidak akan dapat dicoretkan dengan tulisan-tulisan sepanjang zaman kerana IANYA NIKMAT YANG AGONG.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan