Nama beliau Abu Ali Al-Ahsan Bin Muhammad Bin Abi Jama'ah Al-Hasani Al-Ba'qili.
Dilahirkan pada awal kurun ke-14 bertepatan dengan 1301 hijrah disebuah desa bernama Ikidi. Ba'qili adalah nama kabilahnya, nasab beliau bersambung kepada Sayyidina Hassan Bin Fatimah Bin Rasulullah SAW.
Beliau mula belajar dan menghafal Al-Quran dengan ayahnya seawal usia 5 tahun. Pada usianya 8 tahun ayahnya meninggal dunia, dan saudara-saudaranya paksa beliau berhenti belajar dan mula bekerja sebagai pengembala kambing selama 6 tahun. Ketika umurnya mencecah 14 tahun beliau meninggalkan kampungnya dan pergi ke kampung Tasila dan sambung menghabiskan hafalan Al-Quran walaupun menempuh kesukaran dan kesusahan ketika meghafal.
Pada usia 14 tahun ini berlaku satu pembukaan besar keatas dirinya, menandakan mandat dan rahsia besar yang beliau akan pikul. Pada usia ini beliau telah dikurniakan dengan ahwal kauni yang bermacam-macam, perkara yang mencarik adat, dan dimuliakan dengan dapat menyaksikan perkara-perkara ghaib.
Pada tahun 1321h, beliau mula mengambil tarekat Tijani dibawah Sidi Ali Al-Masfiwi RA dan kemudiannya beliau mengambil dengan guru utamanya Sidi Hussin Al-Yifrini.
Selepas mendapatkan ilmu di kota Sus beliau mula perjalanan untuk sambung belajar di Universiti Al-Qarawiyyin di Kota Fes, Maghribi. Dalam masa yang sama beliau belajar di madrasah Al-Safarin untuk belajar selama 9 bulan di madrasah itu. Kemudian beliau bermusafir untuk menambah imunya di Kota Ksar Al-Kabir dibawah tarbiah Muqaddam Ibnu Sultan dan mengajar anak-anak Ibnu Sultan dengan izin Syekh. Dengan berpindahnya ke kota besar itu, beliau mula meyebarkan ilmu pengtahuan, sufi dan tarekat Tijani di bandar itu dan sekitarnya sehingga masyarakat itu dapat meneguk ilmu yang tidak pernah mereka dengar sebelum dan selepasnya. Kemudian Beliau meninggalkan Kota Ksar al-Kabir untuk tinggal di Bandar Settat selama 8 bulan belajar di zawiyah bandar itu sehingga selesai Di sana beliau pergi kepada qabilah Al-Khazara dengan Al-Shawiya, di sana beliau banyak menghasilkan karya besar tariqat.
Pada tahun 1345h beliau menuju ke 2 tanah suci untuk melaksanakan haji dan ziarah Rasulullah SAW. Dan dalam tahun 1348h beliau telah berpindah ke Casablanca untuk menetap disana, dalam perjalanan itu banyak kampung-kampung dan kota-kota yang beliau singgah. Pada tahun 1353h beliau menubuhkan syarikat percetakan, dimana beliau mencetak kitab-kitab beliau dan kitab -kitab orang lain hingga dapat menyumbang kepada penyebaran ilmu melalui kitab-kitab beliau. Beliau membuka Zawiyah besarnya di Casablanca untuk mengajar, menulis, dan berzikir.
Pada malam Jumaat 10 Syawal 1368h dalam pukul 12 tgh mlm beliau menghembuskan nafas terakhir dan hari pengebumiannya sangat luar biasa dengan dihadiri oleh lautan manusia daripada Ulama', Muqaddamin, Fuqara', Muhibbin dan ramai lagi. Solat jenazahnya di imamkan oleh anaknya Al-Allamah Sidi Muhammad al-Habib RA. Beliau dimaqamkan di perkuburan jalan Awlad Zayan. Dengan kudrah Ilahi yang berkehendak akan kuburnya dipindahkan selepas 50 tahun ditanam, beliau dipindahkan dari tanah perkuburan itu pada pagi Khamis, 25 Muharram 1417h dan dikebumikan di perkuburan Gufran. Ketika pemindahan itu yang disaksikan oleh Ulama', Khalifah dan Muqaddam, mereka melihat jasadnya masih elok dan mengeluarkan wangian yang sangat harum. Dikesempatan itu Asy-Syarif Sidi Muhammad Al-Kabir At-Tijani bersolat jenazah kepadanya.
Antara kitab-kitab yang dikarang beliau ialah:
Ø Iraatu Araaisi Syumusu Falaki al Haqaiq al Irfaniyah…
Ø As Syurbu as Shafi min al Karami al Kafi ala Jawahiri al Ma’ani
Ø Suqu al Asrar ila Hadrati al Syahidi as Sattar
Ø Az Zalalu al Asfa wa al Lubabu al Mahdi al Aufa
Ø Raf’u al Khilaf al Ghummah fi ma Yadzunnu fihi Ikhtilafu al Ummat
Ø Idhohu al Adillah bi Anwari al Aimmah
Ø Hasyiyah ala Syarhi as Suyuti ala Alfiyah ibni Maliki
Ø Tuhfat al Athfal fi Nahwi
dan lain-lain lagi.
Inilah sebahagian biografi beliau yang dapat kami sampaikan dan kami tidak menceritakan karamah-karamah beliau kerana cukup kita mengetahui maqam yang dicapai beliau iaitu Qutbul Jami' (Ghaust). Beliau juga adalah Mujaddid kurun ke-14.
Semoga Allah meredhoinya dan menempatkan beliau bersama Sayyidul Wujud Rasulullah ﷺ dan Syekhnya Qutbul Maktum Syekh Ahmad Tijani.
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ ،
بسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ ۞ الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ ۞ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الذِّينَ أَنْعَمْتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ ولآ الضَّآلِّين ۩
آمِين .
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ، وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ، نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ، وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ، وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ .
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۩
Tiada ulasan:
Catat Ulasan