Ahad, 6 November 2022

Ringkasan permasalahan yang dibenarkan ketinggalan 3 rukun panjang daripada imam.


ANTARA SITUASI YANG DIBENARKAN:

1. Tidak membaca Surah Al -Fatihah Ketika qiyam bersama imam kerana
a. Lupa
b. Muwafiq dan bersebokan dengan bacaan sunat doa iftitah
c. Berdiam diri

2. Menunggu untuk membaca Surah Al-Fatihah selepas bacaan Fatihah imam, tetapi imam
a. Terus ruku’
b. Imam membaca surah pendek yang tidak sempat dihabiskan Fatihah

3. Keliru takbir qiyam imam dengan takbir tasyahud awal imam, kemudian apabila imam takbir untuk ruku’ seterusnya maka ketika makmum berdiri baru dia menyedarinya.

4. Memanjangkan sujud kedua dan menyebabkan tidak sempat menghabiskan Fatihah ketika qiyam bersama imam.

HUKUM

1. Wajib menghabiskan bacaan Surah Al-Fatihah walaupun ketinggalan rukun daripada imam.

2. Diuzurkan 3 rukun panjang imam.

3. Apabila selesai bacaan Fatihah, 

I. Imam belum melakukan rukun keempat : 
• Wajib menuruti imam dengan menyelesaikan tertib rukunnya sendiri sehingga menyertai rukun bersama-sama imam.

II. Imam telah berada pada rukun keempat : Wajib makmum memilih 
• Terus ikut rukun imam berada padanya dan gantikan rakaat selepas salam, atau
• Niat mufaraqah dan selesaikan solatnya sedirian.

III. Imam telah berada pada rukun kelima dan makmum belum menyelesaikan bacaan Fatihahnya : 
• Batal solat makmum - Jika tidak niat mufaraqah sebelumnya.

* Nukilan daripada Syarah Busyra Karim dan Kasyifatu Saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan