اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Berkata Imam As Saahili dalam Kitab Bughyatus Saalik:
"Adapun untuk mendapatkan manfaat yang besar (khas), maka tidak mungkin akan terhasil melainkan melalui pewaris (wali) yang Kaamil"
Ulasan Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala:
Setiap orang yang belum mencapai kepada tahap seorang pewaris yang Kaamil (Wali yang mewarisi ilmu dan rahsia Muhammadi), sesungguhnya dia mengajak orang kepada selain Allahﷻ kerana masih berbaki habuan nafsu pada dirinya. Seperti mana seorang hamba Mukaatab, dia masih dikira sebagai hamba selama mana dia belum menyelesaikan hutang bayarannya kepada Tuannya. Begitu juga seorang yang saalik, dia masih dikira hamba selama mana masih berbaki habuan nafsunya pada dirinya.
● Waris yang Kaamil adalah seorang Syeikh atau Mursyid atau Murobbi yang telah wusul dan telah mendapat izin khas daripada Sayidina Rasulullah ﷺ
dalam mengajak manusia kepada Allahﷻ. Maka hanya Waris yang Kaamil yang dapat menyampaikan seseorang kepada sebuah negeri, negeri yang tidak mungkin dapat sampai kepadanya melainkan dengan diasuhkan akan nafsu seseorang.
● Inilah ilmu IHSAN yang tidak akan didapatinya melainkan melalui seorang Waris yang telah diberi izin khas, bukan semata-mata berzikir dan beramal ibadat tanpa bimbingan seorang Guru Khas.
● Waris yang Kaamil adalah seorang yang arif dan mewarisi dari Sayidina Rasulillah ﷺ segala martabat ilmu samada ilmu yang zahir mahupun yang batin, dan mereka itu mewarisi dari Sayidina Rasulillahi ﷺ akan rahmat dan ketinggian martabat.
Semoga Allah melimpahkan RahmatNya BarakahNya dan MaghfirahNya buat Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani at Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala dan menempatkan beliau dikalangan kekasih kekasihNya yang terpilih; Sayidi Ahsan Al Baqili r.hu, Syeikh Ahmad at Tijaniy r.hu, dan Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Eden Harazim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan