Selasa, 15 November 2022

Toriqah menuju kepada Allah ﷻ


Toriqah/perjalanan menuju kepada Allah ﷻ terlalu banyak dan secara ringkasnya ia terbahagi dan terhimpun ia kepada 3 toriqah/perjalanan, iaitu

∆ 1- Toriqah Imam Al-Ghazali
∆ 2- Toriqah Imam As-Syadzili 
∆ 3- Toriqah Khotmul Auliya' Muhammadi

∆1- Toriqah imam Al-Ghazali dinamakan ia dengan toriqah mujahadah. 

Beliau menulis kitab Minhajul Abidin dan menyusunnya kepada 7 aqabah/halangan yang perlu ditempuh oleh seorang murid.

Halangan terakhir yang perlu ditempuh adalah aqabah hamdin wa syukrin (puji dan syukur) iaitu jalan yang membawa seseorang itu kasih dan cinta kepada Allah ﷻ.

Halangan terakhir ini adalah langkah pertama bagi perjalanan toriqah Syadzili

∆2- Toriqah Imam Asy-Syadzili dinamakan ia dengan toriqah Syukur.

Permulaan dan langkah pertamanya ialah syuhud akan nikmat-nikmat yang datang daripada Allah ﷻ dan mengsyukuri nikmat-nikmat tersebut.

Penghujung perjalanan toriqah Asy-Syadzili ialah dapat syuhud akan satu-satunya nikmat yang terbesar, ibu dan asal bagi segala nikmat-nimmat yang ada, iaitu nikmat hakikat Muhammadiah yang sangat mulia.

Penghujung perjalanan toriqah Asy-Syadzili ini adalah permulaan dan langkah pertama bagi toriqah Khatmul Auliya'.

∆3- Toriqah Khotmul Auliya' Muhammadi ialah toriqah Fadhlul Ilahi.

Ketika mana Qutbul Maktum wa Khatmul Muhammadi Maklum melihat banyak dan bercambahnya nikmat-nikmat Allah ﷻ, dan juga nikmat-nikmat tersebut boleh menyebabkan terpecahnya hati dan perasaan murid maka beliau pun menunjuk dan mengisyaratkan langkah pertama muridnya ialah:-

i) dengan terus memandang dan syuhud kepada satu-satunya nikmat dan asal usul bagi nikmat Allah ﷻ, iaitu syuhud akan nikmat Hakikat Muhammadiah,

ii) dan menjadikan diri seorang murid itu tenggelam dalam usul nikmat Allah ﷻ, walaupun tidak terhingga banyaknya pengzahiran nikmat Allah, asalnya ia datang dari satu nikmat yang besar iaitu nikmat hakikat Muhammadiah.

kemucak perjalanan toriqah Khatmul Auliya' ialah dapat mencapai kepada hakikat sebenar bagi hakikat Muhammadiah iaitu martabat hakikat Ahmadiah.

Hakikat Ahmadiah adalah hakikat bagi hakikat Muhammadiah.

Hakikat Muhammadiah itu hanyalah bayang bagi hakikat Ahmadiah.

kesimpulannya:

penghujung perjalanan Ghazali adalah permulaan perjalanan Syadzili, 

dan penghujung perjalanan Syadzili adalah permulaan perjalanan Khotmul Auliya' Muhammadi.

wallahu'alam

dipetik dari kitab "Irsyad ul-Asfiya' ila toriqah Khatmul Auliya' li Sayyidi Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Al-Maghribi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan