Khamis, 17 November 2022

MENGASIHI UMAT BAGINDA DAN MEMAAFKAN KESALAHAN DAN KEUZURAN MEREKA


Manfaat yg sangat besar bagi mereka yang ingin mengambil manfaat.

Telah menasihati kami akan Murabbi Sayyidi Ahmad Al Hadi 

Antara sifat kehambaan yang di contohkan oleh orang orang arif
Sentiasa mencari uzur/ menguzurkan sekaligus memaafkan perbuatan tidak baik orang lain terhadap mereka
Menzahirkan sifat kasih sayang
Membalas setiap perbuatan buruk dengan doa yang baik
Terkadang mudarat yg dilakukan kepada mereka
Malah sebaliknya,
Dihadiahkan amalan dan zikir hidayah kepada mereka yang menyakiti
Oang arif tidak mengambil hak orang lain 
Malah tidak hairan jika haknya di ambil

Di dalam hati 
Jauh dari sifat mencela, memarahi, memandang hina, memandang rendah kepada makhluk lain

Orang arif memandang makhluk tak ada apa apa.
Setiap perbuatan yg zahir walau buruk
Semua nya lapisan dari perbuatan Allah
Makhluk itu menzahirkan perbuatan Illahi adalah berkat dari Allah
Melalui makhluk itu keluar perbuatan Illahi yang qadim
Orang arif memandang makhluk itu yang menyampaikan hikmah Allah kepada alam ini
Orang arif menafikan perbuatan makhkuk

Tiada rasa kegembiraan atau kesedihan pada diri mereka dalam medan rezeki dan semua hal
Yang mana menjadi milik dan haknya akan tetap 
Yang mana bukan milik nya akan hilang 
Walau di ambil hak nya oleh orang lain 
(Walau asalnya adalah haknya)
Mereka menganggap itu adalah hak orang lain 
Mereka tidak hairan kerana memandang Allah yang mencabut hak nya

مأمور ، معذور 
Orang yang di perintah di maafkan
Makhluk Allah yang ada semua nya diperintah
Tidak ada satu zarah yg blh bergerak diri sendiri
Semua nya dari Allah
Sentiasa ada perbuatan Ilahi dalam tiap suatu yg berlaku

Demikian benarnya sifat hamba yang bertauhid dengan yaqin membuahkan rasa tenang dan rehat dalam urusan dunia 
Sifat kehambaan yg benar meletakkan mereka itu didalam syurga sebelum masuk syurga

Berjalan lah menuju kehambaan yang benar dengan Istiqamah berselawat Fateh

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

*أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَٱلْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ ٱلْحَقِّ بِالْحَقِّ وَٱلْهَادِي إِلَىٰ صِرَاطِكَ ٱلْمُسْتَقِيمِ وَعَلَىٰٓ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ ٱلْعَظِيمِ.*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan