بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Nabi Muhammad ﷺ tatkala Baginda ﷺ melihat suhuf Nabi Musa berada ditangan Sayidina Umar (satu helaian tulisan kalam Allah), dan wajah Baginda ﷺ menjadi merah kerana marah, lalu Baginda ﷺ bersabda:
" فوالله لو كان موسى حيا ما وسعه إلا أن يتبعني "
Ertinya:
Maka demi Allahﷻ jikalau Musa masih hidup, tidak ada kelepasan atasnya melainkan beliau tetap akan mengikutiku (syariatku, kerana agama Nabi Muhammad ﷺ adalah asal usul agama Islam dan kerana Baginda ﷺ adalah Khotmun-Anbiya)
Inilah dalil hadis, dan asal usul kepada sikap rasa cemburu seorang Syeikh atas muridnya yang memandang kepada selain gurunya. Iaitu merasa cemburu terhadap murid yang mengalih perhatian kepada selain daripada mereka.
Semua itu sudah menjadi maklumat yang dibangsakan kepada Ilahi. Tidak ada habuan bagi nafsu untuk masuk kedalamnya (memikir akannya). Bahkan maksud sebenar ialah semata-mata dapat memberi manfaat kepada murid tersebut, iaitu hati murid itu dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Tuhannya.
Kerana seorang Syeikh yang sebenar terkaya ia daripada memandang kepada selain Tuhannya dan terkaya ia daripada berhajat kepada makhluk yang lain. Maka ketika itu ia sentiasa bersama gurunya dihadapan manusia yang lain atau dibelakang mereka.
Maka diketahui daripada perkataan yang lalu bahawasanya terhad dan terhenti kepada seorang murid dengan hanya mempunyai seorang Syeikh yang satu, dan tidak bertambah kepada seorang Syeikh yang lain adalah pra syarat utama yang lazim bagi seorang murid orang berjalan di atas perjalanan Ahlillah.
Tidak dapat tidak bagi seorang murid yang sebenar (soodiq) hendaklah ia melazimkan atas dirinya dengan syarat tersebut. Dan jika tidak, ia tidak akan sampai kepada Allahﷻ sama sekali, melainkan seseorang itu ia dapat bantuan Ilahi, kerana telah tertulis padanya Mahabbah Ilahi.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
■ Naqal dari Kitab Irsyadul Asfiya, susunan Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala
Tiada ulasan:
Catat Ulasan