Kita ibarat huruf2 (Kitab) yang saling lengkap melengkapi ..jika satu huruf tertinggal maka perkataan itu tidak sempurna sebutan dan maknanya .Begitu juga Alam Ciptaan Allah yg maha luas ini terdiri dari sekecil juzu2 hingga sebesar2 alam semistar yang saling lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain ( يشد بعضهم بعضا )
Selayaknya kita seorang hamba yang dhoif segalanya merasai,mensyukuri, menghargai dan menyayangi semua makhluk ciptaan Allah hatta tanah yg kita pijak setiap hari..tanpanya tiada lah mampu untuk kita berjalan, bekerja, beribadah dll..itu rasa yg benar yg Allah kurniakan di dalam hati setiap hati para KekasihNya di muka bumi ini...
Sebahagian sesuatu ditinggikan dengan sesuatu. Dan sebahagian sesuatu dicukupkan dengan sesuatu. Dan sebahagian sesuatu dikurangkan dengan sesuatu. Dan semuanya dipandang dengan pandangan muamalat terhadap Allah, dengan mendahulukan pentadbiran Allah, mendahulukan perbuatan Allah, tanpa merasa iradat dan tadbir diri sendiri.
Kamu adalah sebahagian drpd ciptaan Allah dan janganlah kamu menghina dan merendahkan ciptaan Allah yang lain, kerana mereka yang kamu rendahkan adalah merupakan pelengkap ciptaan Allah atas alam ini.Maka janganlah kamu merendahkan dan menghinakan pelengkap ciptaan Allah.
Sebahagian yang rendah adalah pelengkap kpd sebahagian yang tinggi. Sebahagian yang hina adalah pelengkap kepada sebahagian yang tinggi. Dan mereka semua adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Maka tidaklah patut atas diri kamu untuk merendahkan sebahgian yang lain, dan menghinakan sebahagian yang lain, sedangkan mereka adalah pelengkap atas setiap penciptaan Allah Taala terhadap alam ini.
Allah menjadikan alam ini berlawanan, berpasang pasangan, sebagai pelengkap atas setiap ciptaanNya. Dan tidaklah beradab untuk kamu membenci atas setiap kesan yang ditulis oleh tangan kekuasaan Allah pada alam ini, atau takabbur dgn menolak iradat Allah, atau hasad dgn iradat Allah. Maka inilah yg dinamakan menolak atau membatalkan makna ilahi.
*Pengajian kitab الإراءة karangan Alfaqeh Alallamah Sayidi Ahsan Albaaqili Almaghribi رضي الله عنه syarahan oleh Syeikhuna Wamurobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullah Taala*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan