Rabu, 23 Januari 2019

2 perbezaan yang jauh sekali

2 perbezaan yg jauh umpama langit dgn bumi iaitu org yg menyembah Allah krn Allah dgn org yg menyembah Allah krn dirinya sendiri, walaupun pd zahirnya sama

Apakah yang merosakkan amalan seseorang? Tujuan...tujuan ni syirik sedangkan Allah langsung tidak menerima syirik

Sesiapa yang memasukkan tujuan maka dia telah merosakkan jalannya kepada Allah walaupun dia dah berada pada jalan Allah,

Sesiapa yang telah suci dari tujuan serta Allah, maka tidak merosakkannya walaupun sedikit amalnya kerana tanda ahli tujuan (gharad) menyembah Allah serta tujuan ialah banyak amalnya sebab nafsu Allah cipta sukakan tujuan lain, bila ada tujuan maka ada semangat untuk beramal, berkhalwat dan mcm2 amalan semata-mata nak mencapai tujuan selain Allah dengan amalan yang dilihat pada zahirnya seperti ibadah kepada Allah, bersuluk, ini maksiat juga, maksiat hati bahkan lebih bahaya dari maksiat zahir,

Kalau ada tujuan, himmah (kesungguhan) kuat, kalu tak da tujuan, macam sesetengah ikhwan tijani, rasa lemah, hilang semangat, walaupun sebelum ini rajin beramal, ini penyakit dalam hadrah ini, kita tak mahu habis amalan, yang sempurna amalan ada lagi tapi yang dalam (batin) tiada tujuan, itu susah, kalu habis amalan itu mudah, sbb mrk yang masuk rasa tijani terus rasa malas beramal, yang sempurna sama spt org mujahadah, banyak amalan, banyak zikir, istiqamah, sunnah, tetapi untuk Allah, bukan untuk tujuan kita, itu yang susah, macam mana ada amalan tapi tiada tujuan, ini yang susah, khusus org melayu, susah kalau tiada tujuan beramal, tiada hasil dr amalan, orang yang banyak amalan tapi penuh dengan tujuan dicela, orang yang habis amalan tanpa tujuan lagi teruk dicela

Fikirkan bagaimana kita nak beramal lebih daripada orang mujahadah yang ada tujuan tapi dengan kita buang tujuan? Inilah satu timbangan persoalan yang susah, Nasihatku kata Sayyidi Ahmad Al Hadi ; berpegang teguhlah dengan syariat Allah inilah maruah sebagai hamba Allah, bagaimana kita nak beribadah sepanjang malam, puasa sepanjang hari tanpa tujuan lain selain Allah, jika terjadi maka nafsu akan terus malas, kecuali nafsu Rabbani, tapi mrk yg bahlol ahli hijab rasa amalan mereka boleh mengubah takdir Allah, nak tambah rezeki, dan macam-macam lagi sebab amalan mereka, ini fahaman budak-budak kecil dalam beramal, kalau dalam kalangan ahli sufi ada fahaman seperti ini dinamakan Sibyanuttariq iaitu budak-budak dalam tarekat,

Maha Suci Allah yang telah menganugerahkan kepada kalangan Sahabat Radiallahu Anhum yang diri mereka diciptakan dengan tiada tujuan serta Allah dengan penghulu kewujudan ini Rasulullah Salla Allahu Alaihi Wasallam sebagai pembimbing mereka, kerana penyucian dari tujuan itu ialah dengan bersama dengan mereka yang telah suci dari tujuan, satu kaedah kalau nak dapat sesuatu dari hadrat Allah mesti melalui perantaraan (wasitah), sesiapa yang mendampingi ahli tujuan maka dia akan penuhi dirinya dengan tujuan, dan sesiapa yang mendampingi ahli yang suci dari tujuan, maka dia akan selamat suci dari tujuan, tak perlu amalan banyak, tadbir diri, suluk banyak, cukuplah dengan mendampingi mrk yang suci dari tujuan, sebab jalan Rabbani ni bukan masalah amalan tapi suhbah, amalan itu ikut sunnah Rasulullah, kehambaan kepada Allah, tapi nak rasa kehambaan yang sah mesti bersuhbah dengan Ahlillah yang suci dari tujuan, satu kata hikmat ما افلح من افلح الا بصحبة من افلح, tidak akan berjaya orang yang mahukan kejayaan kecuali bersuhbah (bersahabat) dengan mereka yang telah berjaya, sebab itulah dinamakan mereka yang ikut Rasulullah sebagai Sahabat bukan dengan gelaran lain seperti ahli zikir, ahli jihad, ahli dan sebagainya walaupun mereka layak namun digelar sahabat sebab mereka sentiasa berdampingan dengan Rasulullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan