Ahad, 13 Januari 2019

Jalan Allah itu dengan buang iradat sendiri

Berkata guruku yang mulia, Sayyidi Asy Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Al-Maghribi, ketahuilah bahwa jalan Allah itu suci dari selain Allah, maka tidak boleh seseorang yang nak masuk (salik) dalam jalan Allah itu dengan kehendak (sendiri), mestilah dia membuang tujuan dan habuan jika nak salik dalam jalan Allah. Mestilah dengan masuk jalan Allah dengan niat mengesahkan kehambaan walaupun tiada kelayakan, bagaimana nak jadi hamba Allah yang sebenar, bukan masuk dengan niat nak jadi wali, nak martabat, kasyaf dan sebagainya yang selain Allah.

Dan tujuan serta Allah itu sampah iblis, kerana iblis yang memulakan ibadah dengan tujuan sendiri, dia beribadah 220 ribu tetapi akhirnya dibuang dari hadrat tanpa rasa malas dan letih kerana dia beribadah dengan habuan sendiri, tapi bila Allah uji dia ujian kehambaan, aujud kepada Nabi Adam, hina diri sendiri maka dia enggan, walhal itulah maksud sebenar dari ibadah, ubudiyyah.

Malaikat terus sujud kepada kerana tiada keakuan sendiri, lembut, beraih, suci, dan bahan mereka daripada nur berbeza dengan iblis yang bahan kewujudannya dari api, susah tunduk, selalu nak naik.

Jadi taatnya iblis sblm itu adalah menyembah diri sendiri, amalannya mensabitkan keakuan, dan hadrat Allah tak terima selainNya, hikmah Allah tak terima dua kewujudan, seorang sufi bila dah buang semua, alam semua, maka tinggal dia dan Tuhan, itu akhir ujian, kalam muhaqqiq kata murid meroboh alam untuk membina berhala diri sendiri iaitu SAYA, selagi ada saya tak kan kenal DIA, sabitkan diri menafikan tuhan. Iblis 220 ribu tahun ibadah tak boleh keluar dari diri sendiri. Ilmu dan amal yang membawa kepada keakuan diri itulah jalan iblis. Iblis pilih nak ibadah sendiri, Rasulullah sebut iblis rukuk dan sujud setiap inci alam, tapi bila datang suruhan Allah, dia enggan.

Ibadah ini wasilah kepada Allah bukan matlamat. Kalaulah Banyak orang arif laknat diri sendiri dalam sujud. Selalu fikir, bagaimana diriku yang penuh kehinaan boleh sujud kepada Allah, berbeza dengan orang derhaka rasa layak nak dapat sesuatu dari Allah.

Maksudnya ahli sufi zaman ini kalau tiada rasa kehambaan itu dalam bahaya, boleh masuk jalan iblis,

Kalau rasa ada tujuan maknanya kamu ada lagi, bila kamu ada lagi maka tak kan kenal Allah

Barangsiapa rasa dia sampah, kotor, dia yang betul, wangian jalan Allah

Maka asas utama untuk masuk jalan Allah adalah membetulkan niat.

23.9.16

Tiada ulasan:

Catat Ulasan