SELAWAT FATIH ADALAH SELAWAT MAKRIFAT DAN HAKIKAT..
SELAWAT DRPD AULIYA TIDAK BOLEH DIUBAH ATAU DITAMBAH SESUKA HATI
DIBACA AKANNYA SEPERTIMANA DITERIMA AKANNYA..
Sayyidi Asy Syarif menjelaskan bahawa Selawat Fatih adalah selawat makrifat iaitu penghulu segala selawat yang terkandung di dalamnya makrifat akan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, dan makrifat akan Rasulullah membawa kepada makrifat akan Allah Subhanahu Wa Taala. Selawat Fatih juga adalah mahkota Hakikat Muhammadiah manakala selawat2 lain adalah melingkunginya.
Selawat Fatih adalah anugerah terbesar dari hadrat Allah buat umat akhir zaman yang sudah tenat, penuh dengan kekurangan dan kelemahan seumpama badan manusia yang sudar berumur penuh dengan penyakit dan lemah. Sebab itulah Selawat Fatih mengandungi kelebihan dan keutamaan yang besar di sisi Allah, maka beruntunglah mereka yang dikurniakan dengan selawat ini dan sentiasa beramal dengannya. Sebab itulah tidak boleh ada sebarang penambahan kepada selawat ini walaupun ada sesetengah yang menambah وصحبه selepas lafaz واله, sebenarnya ini satu yang disebutkan sebagai buruk adab dengan hadrat kerana menambah sesuatu dari hadrat Allah, dan dinyatakan bahawa lafaz واله sudah merangkumi keseluruhannya sebab semuanya wujud dari hakikat baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ini juga membuktikan bahawa selawat ini adalah selawat makrifat yang datang dari hadrah Allah Yang Maha Agung
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Ertinya: “Ya Allah limpahkanlah kesejahteraan/ Selawat ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup dan yang menutupi apa-apa yang terdahulu, penolong kebenaran dengan kebenaran yang memberi petunjuk ke arah jalan yang lurus. Dan kepada keluarganya, sebenar-benar pengagungan padanya dan kedudukan yang agung.”
Ustaz Haji Ahmad Tunggal, Pengerusi Jamaah Wirid Khaujakan Johor, menulis dalam bukunya “Amalan Kecemerlangan Rohani” (1993) seperti berikut:
Yang membuka apa yang tertutup – Dunia ini asalnya tidak ada dan masih tertutup. Maka dijadikan dunia ini adalah disebabkan wujudnya Nabi Muhammad SAW.
Kalaulah tidak ada Nabi Muhammad SAW tidaklah akan wujud dunia ini. Allah menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai Rahmat bagi sekalian Alam. Rahmat dan Kenabian bagi sekalian makhluk termasuk manusia, jin dan haiwan.
Hati manusia juga pada mulanya tertutup dengan syirik, tertutup dengan kezaliman dan kejahilan.
Iman, Islam dan akhlak tertutup, semuanya itu dibuka oleh Nabi Muhammad SAW dengan dakwah yang berpandukan kitab Al Quran. Terbukalah kebenaran akidah dan syariat Islam, terbukalah akhlak dan budi pekerti yang luhur, terbukalah keadilan sosial dan terbukalah sebuah negara Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup.
Dan penyudah (penamat) apa yang telah lalu – Tidak ada Nabi lagi sesudah Nabi Muhammad SAW Juga sebagai penutup berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj dan penutup kitab suci Al Quran.
Dan yang menolong kebenaran dengan kebenaran – Pertolongan Nabi Muhammad SAW yang benar ialah Al Quran. Di dalamnya mengandungi segala kelengkapan termasuk akidah, syariat, akhlak, ibadat, bermasyarakat bernegara, falsafah dan mistik. Manusia tidak akan mengetahui kebenaran tersebut tanpa pertolongan Nabi SAW .
Dan yang menunjukkan jalan-Mu yang lurus – lalu yang ditunjukkan oleh Nabi SAW adalah jalan yang lurus, betul dan tegak. Ertinya jalan yang lurus itu adalah ialah jalan Islam, jalan selamat sejahtera dan bahagia. Mustakim selain dari makna lurus boleh diertikan yang tetap dan teguh pendirian dalam melaksanakan perintah Allah. Selain dari Nabi SAW penolong kebenaran ia juga memimpin. Memimpin ke jalan yang lurus sejahtera dan selamat.
#CnP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan