Isnin, 7 Januari 2019

Leburkan keakuanmu

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

| DIA LAH JUA YANG MENGUASAI SERTA YANG MENTADBIR APA YANG DI HADAPAN KITA DAN APA YANG DI BELAKANG KITA SERTA APA YANG DIANTARA ITU; DAN TIADALAH RABB MU ITU LUPA | 
(MARYAM : 64)

[ Aku pada mulanya telah salah tersasar dalam empat hal;

- Aku mengira bahawa akulah yang berzikir.

- Aku mengira bahawa akulah yang mengetahui Pada NYA.

- Aku mengira bahawa akulah yang cinta Pada NYA.

- Aku mengira bahawa akulah yang mencari NYA.

Tetapi setelah sedar (lebur daripada keakuan);

- Nyata lah ZIKRULLAH mendahului zikir ku.

- Nyata lah ILMULLAH mendahului ilmu ku.

- Nyata lah akan HIBBULLAH dengan RAHIM NYA mendahului cinta ku.

- Nyata lah DIA lah yang mendahului menarik ku sebelum aku datang Kepada NYA.

Oleh yang demikian adalah bahawasanya, manusia itu paling ditabiri daripada Rabb NYA disebabkan tiga hal;

- Zahid yang tertabiri oleh kezuhudannya.

- Ahli ibadah yang tertabiri oleh ibadahnya.

- Ulama yang tertabiri oleh ilmunya. ]

 » Abu Yazid Al Bustami.

ALLAHUMMA SOLLI 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD 'ABDIKA WA HABIBIKA WA RASULLIKA NABIYYIL UMMIYI WA 'ALAA ALIHI WA SAHBIHI WABARIK WASSALLIM




Tiada ulasan:

Catat Ulasan